Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem pengurusan hal ehwal masyarakat Islam di S'pura cekap dan teratur

Seramai 14 pemimpin masyarakat Islam dari sembilan negara Asia Tenggara dan rantau Pasifik kini di Singapura untuk mengikuti program PRISM, yang dikendalikan Akademi MUIS bersama Majlis Dakwah Islam Serantau bagi Asia Tenggara dan Pasifik, RISEAP. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem pengurusan hal ehwal masyarakat Islam di S'pura cekap dan teratur

Pengerusi Eksekutif Masjid Encik Zahid Ahmad memberi taklimat kepada para peserta. (Gambar: MUIS)

BERITAMediacorp: Seramai 14 pemimpin masyarakat Islam dari sembilan negara Asia Tenggara dan rantau Pasifik kini di Singapura untuk mengikuti program PRISM, yang dikendalikan Akademi MUIS bersama Majlis Dakwah Islam Serantau bagi Asia Tenggara dan Pasifik, RISEAP.

Ia sebahagian usaha berterusan untuk memupuk kerjasama yang lebih baik dan menjalin hubungan lebih erat di kalangan anggota RISEAP.

Di bawah program lima hari itu, para peserta berkongsi amalan terbaik serta menimba pengetahuan dalam tadbir urus dan pentadbiran kehidupan beragama masyarakat Singapura.

PELAJARI CARA MEMBENTUK MASJID SEBAGAI NADI MASYARAKAT

Para pemimpin dari Australia, Fiji dan New Zealand berada di sini buat kali pertama untuk mempelajari pendekatan bagi memperkukuh keupayaan institusi dan membina aset masyarakat minoriti Islam.

Dalam lawatan ke Masjid Al-Ansar hari ini (23 Ogos), fokus program ialah bagaimana model yang serupa dalam membuat masjid sebagai nadi masyarakat boleh dicapai di negara-negara yang penduduk Islamnya merupakan masyarakat minoriti.

Antara lain, para peserta diperkenalkan kepada model pengurusan wakaf serta cara MUIS memusatkan pendidikan agama dan pembangunan sosial di dalam masjid.

Pengarah Masjid Encik Mohd Helmy Isa memberikan penyampaian. (Gambar: MUIS)

Menurut Pengarah Masjid MUIS, Encik Mohd Helmy Isa: "Rata-rata peserta RISEAP ini daripada masyarakat Muslim yang minoriti jadi mereka telah melihat beberapa persamaan. Di antara maklum balas ialah mereka agak kagum melihat bagaimana masjid memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat yang majmuk."

Salah seorang peserta dari Australia, Encik Nail Aykan, berpendapat bahawa sistem pengurusan ehwal Islam di sini cukup terurus dan sangat profesional.

"Model bisnes mereka bagi mentadbir sesebuah masyarakat adalah sangat berjaya," kata pengarah eksekutif Majlis Islam Victoria, Australia, itu.

"Maka, kami bukan sahaja dapat belajar daripada satu sama lain tetapi mengambil satu model dan melakarkan bagaimana kami dapat maju dan menjadi lebih matang sebagai sebuah masyarakat pada jangka masa panjang," ujar beliau lagi.

PRISM PERKUKUH HUBUNGAN DAN PERTINGKAT KERJASAMA ANGGOTA RISEAP

Berikutan program sulungnya tahun lalu, jalinan antara anggota negara RISEAP lebih akrab melalui kerjasama yang dibina dan ini diharapkan dapat berterusan kelak.

Menurut Ketua Akademi MUIS, Cik Hanna Taufiq Siraj: "Antara impak dan susulan program tersebut, seperti masyarakat Islam di Sri Lanka, mereka memodelkan "National Mosque Awards" atau Anugerah Masjid Kebangsaan berdasarkan apa yang mereka pelajari dari masjid-masjid di Singapura. Pertukaran idea antara pemimpin Islam dari berbilang negara amat penting untuk membangunkan masyarakat cemerlang di negera masing-masing."

PRISM merupakan program tiga tahun di bawah Memorandum Persefahaman yang dimeterai MUIS bersama RISEAP.

Kali ini, ia disertai pemegang jawatan utama dari Fiji, Jepun, Myanmar, Australia, Filipina Kemboja, Hong Kong, New Zealand dan Korea Selatan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan