Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem pendidikan Singapura mesra golongan muda, bantu belia memperoleh pengetahuan dan kemahiran

ingapura mempunyai sistem pendidikan yang baik untuk golongan muda. Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata Singapura akan terus berusaha supaya golongan belia dapat menggarap kemahiran yang membantu mereka mencapai cita-cita.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem pendidikan Singapura mesra golongan muda, bantu belia memperoleh pengetahuan dan kemahiran

Gambar fail Menteri Ong Ye Kung. (Gambar: CNA/ Jason Ong)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 08:28PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 08:32PM

ABU DHABI: Singapura mempunyai sistem pendidikan yang baik untuk golongan muda. Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata Singapura akan terus berusaha supaya golongan belia dapat menggarap kemahiran yang membantu mereka mencapai cita-cita.

Encik Ong berkata demikian kepada warga Singapura yang tinggal di luar negara semasa sambutan Deepavali yang diadakan di Kedutaan Singapura di Abu Dhabi.

Beliau berada di Abu Dhabi bagi menyokong pasukan belia Singapura yang bersaing dalam WorldSkills, satu pertandingan kemahiran antarabangsa.

Encik Ong berkata beliau percaya robot tidak akan menggantikan pekerja selagi golongan belia dilengkapi dengan kemahiran.

Hampir 100 warga Singapura berbilang kaum hadir di perayaan Pesta Cahaya ini.

Perhimpunan seperti ini sekali gus mengingatkan mereka tentang tanah air tercinta dan membantu membina rangkaian sokongan sesama warga Singapura. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan