Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem isyarat NSL dijangka ambil masa lagi beberapa bulan untuk stabil sepenuhnya

Sistem isyarat kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) dijangka mengambil masa lagi beberapa bulan sebelum stabil sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem isyarat NSL dijangka ambil masa lagi beberapa bulan untuk stabil sepenuhnya

(Gambar: Lennard Lim)

Diterbitkan : 28 Jun 2017 09:09PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 09:10PM

SINGAPURA: Sistem isyarat kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) dijangka mengambil masa lagi beberapa bulan sebelum stabil sepenuhnya.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali kereta api SMRT hari ini (28 Jun).

Khidmat kereta api mengalami gangguan malam ini, sehari setelah LTA dan SMRT memberi amaran tentang kelengahan sementara para jurutera menjalankan ujian ke atas sistem baru.

Siasatan awal menunjukkan gangguan khidmat kereta api itu disebabkan oleh kegagalan dalam rangkaian komunikasi radio pada sistem baru kawalan kereta api yang sedang diuji, menurut LTA dan SMRT dalam satu kenyataan bersama yang dimuat naik di laman Facebook SMRT.

Sistem Kawalan Kereta Api Berasaskan Komunikasi (CBTC) itu sekarang menjalani ujian intensif sepanjang hari.

LTA dan SMRT menambah, berbeza dengan kereta api di laluan-laluan baru di mana sistem isyaratnya boleh diuji sepenuhnya sebelum khidmatnya dimulakan, khidmat kereta api di NSl perlu diteruskan meskipun ujian sepanjang hari sedang dijalankan.

"Meskipun langkah-langkah menangani masalah gangguan termasuk khidmat bas percuma diambil segera, sesetengah penumpang mungkin terpaksa menunggu lebih lama disebabkan kereta api yang jaraknya antara satu sama lain tidak jauh (train bunching)," menurut LTA dan SMRT.

"Kami memohon maaf atas kesulitan ini," menurut kedua-dua pihak.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan