Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem Identiti Digital Negara tunjang visi Negara Bijak S'pura

Sistem Identiti Digital Negara (NDI) kini sedang dibangunkan dan ia akan menjadi salah satu daripada lima projek strategik negara yang penting dalam membina prasarana dan mendorong penggunaan teknologi secara meluas dalam ekonomi dan masyarakat di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem Identiti Digital Negara tunjang visi Negara Bijak S'pura

(Gambar: AP/Wong Maye-E)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 08:46AM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 08:51AM

SINGAPURA: Sistem Identiti Digital Negara (NDI) kini sedang dibangunkan dan ia akan menjadi salah satu daripada lima projek strategik negara yang penting dalam membina prasarana dan mendorong penggunaan teknologi secara meluas dalam ekonomi dan masyarakat di sini.

Negara Bijak dan Pejabat Pemerintah Digital (SNDGO) pada Ahad (20 Ogos) menyatakan bahawa rangka kerja NDI akan membolehkan rakyat dan perniagaan untuk melakukan urus niaga online dengan cara mudah dan selamat. Ini dilaksanakan di samping empat lagi tumpuan utama: E-bayaran, Platform Sensor Negara Bijak, mobiliti bandar bijak dan 'Moments of Life', menurut kenyataan medianya.

Ini diumumkan selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong merujuk kepadanya semasa ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan di mana Singapura perlu lebih maju ke hadapan untuk benar-benar berubah menjadi Negara Bijak.

Rakyat Singapura sudahpun menggunakan SingPass bagi urus niaga penting dengan agensi pemerintah dan NDI akan menambah pada sistem SingPass itu, dedah SNDGO. Menteri Bertanggungjawab bagi Pejabat Program Negara Bijak Vivian Balakrishnan mengatakan pada bulan Mac bahawa sistem berkenaan tidak cukup baik dan ia perlu dinaik taraf dengan segera.

Dalam masa enam bulan akan datang, Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) akan melancarkan percubaan bagi token sofwe mudah alih sebagai "khidmat pengesahan lebih mudah dan selamat", menurut SNDGO.

Selain itu, GovTech juga akan memperluaskan khidmat MyInfo yang akan mengisi borang online dengan lebih awal bagi khidmat digital sektor pemerintah dan privet. Khidmat ruang simpanan data tersebut dilancarkan Mei lalu dan turut membolehkan rakyat untuk memberikan butiran peribadi mereka sekali saja bagi mendapat akses kepada pelbagai khidmat e-pemerintah tanpa perlu memberikan butiran yang sama setiap masa.

Sistem NDI itu dijangka beroperasi dalam masa tiga tahun akan datang, dengan percubaaan bertahap-tahap bagi tanda tangan digital untuk memudahkan urus niaga tanpa kertas, menurut agensi tersebut.

GovTech juga akan bekerjasama dengan sektor privet bagi membangunkan pelbagai pilihan tambah nilai yang akan memanfaatkan NDI. Ini termasuk penandatanganan perjanjian NDI, ruang simpanan selamat bagi dokumen digital dan kawalan akses bangunan supaya dapat memudahkan inovasi industri dan menyebarkan penggunaan lebih luas dalam masa lima tahun akan datang, dedah SNDGO.

Singapura kian mengikuti jejak langkah negara seperti Estonia dan India, yang mempunyai ID digital bagi rakyatnya. Warga Estonia, sebagai contoh, boleh menggunakan ID digital mereka untuk memasuki akaun bank, mengundi secara online, memeriksa rekod perubatan dan menyerahkan hasil pulangan cukai mereka.

MERANGKUMKAN KHIDMAT ONLINE MENGIKUT PERINGKAT HAYAT

Selain rangka kerja NDI, SNDGO menyatakan pemerintah kini sedang membangunkan inisiatif Moments of Life, yang merangkumkan khidmat dan maklumat online mengikut keperluan rakyat pada detik kehidupan utama yang berbeza, seperti memulakan keluarga dan membesarkan anak pada usia awal kanak-kanak.

CEO GovTech Jacqueline Poh mengongsi mengenainya pada bulan April tahun lalu, dengan berkata khidmat seumpama itu tidak semestinya dikaitkan dengan pertubuhan yang bekerjasama dengan mereka, tetapi pelbagai agensi pemerintah - dan sebaik saja ia dikenal pasti, boleh mendorong rakyat untuk mengalu-alukannya.

SNDGO menyatakan versi awal khidmat digital tersebut akan disediakan menjelang pertengahan tahun depan, dan dalam masa dua hingga lima tahun akan datang, pemerintah akan bekerjasama bagi memperluaskan khidmat dan maklumat bagi detik kehidupan lain.

Selepas ucapan Rapat Encik Lee, Dr Balakrishnan memberitahu wartawan bahawa meskipun teknologi sudahpun tersedia bagi perkara seperti identiti digital, e-bayaran dan platform sensor negara, "sintesis" sistem yang berbeza adalah yang paling penting.

"Apa yang kurang adalah kesepaduan data, bukan pada perkakasnya," jelasnya.

Dorongan utama bagi masa hadapan adalah untuk mendapatkan cara wajar bagi rangka kerja perkongsian data, dedah Dr Balakrishnan. Dengan cari itu, data tersebut kemudian akan digunakan oleh syarkat sektor privet bagi mencipta inovasi, katanya, sambil merujuk kepada contoh Grabshuttle, iaitu khidmat yang membolehkan para penumpang untuk menempah tempat duduk dari kawasan kejiranan ke lokasi tertentu seperti Kawasan Pusat Bandar.

Menteri itu turut menekankan bahawa semua usaha ini bukanlah tentang teknologinya, tetapi ia harus tertumpu kepada manusia. "Tiada seorang pun yang akan ketinggalan," tegasnya.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan