Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem cuti sakit tanpa MC mungkin boleh terlaksana di S'pura

Sekurang-kurangnya empat lagi syarikat baru yang mempunyai 30 atau lebih ramai pekerja memberitahu Mediacorp bahawa ia juga mengamalkan sistem menghormati cuti sakit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem cuti sakit tanpa MC mungkin boleh terlaksana di S'pura

Kebanyakan pertubuhan memerlukan sijil perubatan (MC) apabila pekerja mengambil cuti sakit.

Diterbitkan : 30 Apr 2017 06:00PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 06:01PM

SINGAPURA: Minggu lalu, Mohan Belani mengumumkan kepada 30 pekerja beliau bahawa mereka tidak perlu menunjukkan sijil perubatan (MC) daripada doktor apabila mengambil cuti sakit.

"Ia adalah sistem berdasarkan kepercayaan," katanya.

Syarikat itu mengamalkan sistem menghormati cuti sakit, nama yang digunakan bagi sistem itu, sejak ia mula beroperasi dengan tiga pekerja pada 2007, dan tidak merancang untuk menghentikan sistem tersebut.

Sekurang-kurangnya empat lagi syarikat baru yang mempunyai 30 atau lebih ramai pekerja memberitahu Mediacorp bahawa ia juga mengamalkan sistem menghormati cuti sakit.

Syarikat ViSenze, yang membangunkan alat-alat pencarian dan pengenalan visual menggunakan kecerdasan buatan, mempunyai 45 pekerja tetap.

Ia menambah para pekerja tidak perlu menunjukkan MC setiap kali mereka tidak dapat ke kerja kerana sakit.

PEKERJA HARUS DIBAYAR GAJI SEMASA CUTI SAKIT APABILA DITUNJUKKAN MC

Walaupun sistem menghormati itu diamalkan beberapa syarikat baru, prosedur untuk menuntut cuti sakit yang ditetapkan di bawah Akta Pengambilan Kerja Kementerian Tenaga Manusia (MOM) masih diamalkan di banyak lagi syarikat lain.

Laman MOM menyatakan seorang pekerja yang dilindungi di bawah akta itu boleh mendapat gaji semasa cuti sakit jika ia disahkan "doktor syarikat, doktor ditauliahkan syarikat atau seorang doktor pemerintah".

Bagaimanapun, negara-negara lain melaksanakan pendekatan yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, di Britain, para kaki tangan hanya perlu menunjukkan "nota sakit" selepas mereka tidak hadir ke kerja selama tujuh hari.

Menurut laman pemerintah Britain yang rasmi, para doktor boleh mengenakan bayaran jika seorang pekerja meminta MC sebelum hari ketujuh.

SISTEM CUTI SAKIT BERDASAR KEPERCAYAAN BOLEH TERLAKSANA DI S'PURA

Pakar-pakar berkata keprihatinan para pekerja menyalah guna sistem itu menjadi antara sebab yang membuat para majikan tempatan daripada mempertimbangkan pilihan sebegitu.

Spesialis sumber manusia yang sudah bersara Amarjit Singh Wasan pernah membuat kerja pakar runding dengan sebuah SME yang mempunyai sekitar 300 pekerja sekitar empat tahun lalu.

Beliau berkata, salah satu dasar yang beliau cadangkan adalah untuk menggalak pihak pengurusan kanan melaksanakan sistem menghormati cuti sakit.

"Kebanyakan perkara yang dicadangkan mereka laksanakan, tetapi mengenai isu cuti, mereka berpendapat Singapura berbeza, iaitu kaki tangan akan menyalah gunakan sistem itu," katanya.

Namun Encik Wasan mencadangkan sistem sebegitu boleh dilaksanakan di sini.

Pada tahun 1998, semasa beliau berpangkalan di sebuah negara Asia Tenggara yang berdekatan dan bekerja untuk sebuah pertubuhan antarabangsa, sistem menghormati MC itu diusulkan.

Walaupun pada awalnya ia diragui ramai pihak katanya, program itu dirintis selama tiga tahun. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan