Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel, M1, StarHub lancarkan laman telefon bijak iPhone 8, iPhone X

 Singtel, M1 dan StarHub hari ini (13 Sep) mempelawa para pelanggan yang berminat untuk membeli telefon bijak baru iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus supaya mendaftarkan diri di laman syarikat penyedia khidmat masing-masing

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel, M1, StarHub lancarkan laman telefon bijak iPhone 8, iPhone X

iPhone X yang dipamerkan di sebuah majlis. (Gambar: Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 09:13PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:36PM

SINGAPURA: Singtel, M1 dan StarHub hari ini (13 Sep) mempelawa para pelanggan yang berminat untuk membeli telefon bijak baru iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus supaya mendaftarkan diri di laman syarikat penyedia khidmat masing-masing.

iPhone X mula dijual di Singapura pada 3 November nanti. Harganya bermula dari S$1,648 tanpa kontrak. Tempahan awal boleh dibuat mulai pukul 3.01 petang, 27 Oktober 2017.

Ini lebih mahal daripada harga permulaan AS$999 (S$1,344) di Amerika Syarikat.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pula menawarkan peningkatan yang lebih sederhana berbanding iPhone yang terdahulu. Para pengguna juga boleh membeli model 64GB atau 256GB dengan pilihan warna perak, kelabu dan emas.

Model-model tersebut mula dijual di Singapura pada 22 September, dengan harga dari S$1,148 bagi iPhone 8 dan S$1,308 bagi iPhone 8 Plus. Tempahan awal bagi kedua-dua model itu boleh dibuat mulai pukul 3.01 petang, lusa (15 Sep).

Ketiga-tiga telefon bimbit baru ini boleh dicas tanpa wayar dan menggunakan teknologi interaktif 'augmented reality' dengan pemproses dan kamera yang lebih canggih, menurut Apple, semasa majlis pelancarannya awal hari ini (13 Sep). 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan