Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel lancar data 800Mbps di lokasi terpilih

Singtel pada hari ini (21 Jul) menyatakan bahawa ia akan melancarkan data kelajuan tinggi di beberapa lokasi terpilih, bermula dengan Orchard Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel lancar data 800Mbps di lokasi terpilih

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 04:45PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 04:47PM

SINGAPURA: Singtel pada hari ini (21 Jul) menyatakan bahawa ia akan melancarkan data kelajuan tinggi di beberapa lokasi terpilih, bermula dengan Orchard Road.

Dengan 800Mbps, ia merupakan data kelas LTE paling pantas di Asia Tenggara, seganda lebih pantas berbanding kelajuan data yang disediakan di merata Singapurai, iaitu dengan kelajuan 450Mbps, menurut syarikat telkoi itu dalam kenyataannya.

Bermula Jumaat, pelanggan Singtel dengan telefon bijak Sony Xperia XZ Premium akan dapat memanfaatkan kelajuan 800Mbps di tempat-tempat awam seperti Shaw Centre, ION Orchard dan Tang Plaza.

Bagi kawasan Orchard Road, Raffles Place dan Clarke Quay, khidmat itu akan ditawarkan sepenuhnya pada hujung bulan Ogos.

Lebih banyak model telefon bijak yang menyokong kelajuan 1Gbps dijadual dilancarkan pada lewat tahun ini.  

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan