Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel didenda S$500,000 atas gangguan khidmat pada Disember 2016

Singtel didenda S$500,000 hari ini (16 Okt) atas gangguan khidmat pada gentian jalur lebarnya yang berlarutan selama 24 jam bermula 3 Disember tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2017 07:01PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 10:40PM

SINGAPURA: Singtel didenda S$500,000 hari ini (16 Okt) atas gangguan khidmat pada gentian jalur lebarnya yang berlarutan selama 24 jam bermula 3 Disember tahun lalu.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan bahawa insiden itu menjejas hampir 90 peratus pelanggan khidmat gentian jalur lebar Singtel. Akses bagi khidmat itu pulih semula secara bertahap-tahap semasa berlakunya insiden tersebut.

Siasatan IMDA menunjukkan bahawa gangguan khidmat Singtel itu disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan yang dirancang SingNet bagi pelayan atau server DHCP. Aktiviti penyenggaraan yang dijalankan untuk memasang elemen-elemen keselamatan, memuatkan server DHCP, menyebabkan
permintaan para pelanggan bagi alamat Protokol Internet (IP) tidak dapat diproses.

Akibatnya, pelanggan yang terjejas tidak dapat mengakses Internet, menurut IMDA.

Menurut IMDA lagi, walaupun puncanya adalah kerja-kerja penyenggaraan itu, siasatan menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda amaran yang membawa kepada insiden tersebut.

"Khususnya, kadar penggunaan serverr DHCP SingNet telah meningkat secara bertahap-tahap dan berfungsi pada paras 80 peratus hingga 90 peratus sebelum insiden itu," menurut kenyataan tersebut. "SingNet gagal mengambil tindakan segera untuk menangani tahap penggunaan yang tinggi sebelum kejadian itu.

"Memandangkan tahap penggunaan tinggi, SingNet sepatutnya melakukan usaha yang lebih baik dan berhati-hati apabila merancang pemasangan elemen keselamatan bagi DHCPnya untuk mengelakkan insiden sedemikian."

IMDA turut menyatakan ia sedang menyiasat punca gangguan dan juga langkah pemulihan perkhidmatan telko tersebut.

Dalam menimbangkan denda, IMDA menyatakan ia mengambil kira faktor-faktor seperti pampasan yang ditawarkan oleh SingNet kepada pelanggan yang terjejas, langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakkan berlakunya insiden serupa dan juga kerjasama yang diberikan kepada IMDA semasa proses siasatan.

IMDA juga mendedahkan bahawa SingNet sudahpun menaik taraf pelayan DHCP yang sedia ada dan sedang menjalankan "semakan akhir untuk rangkaian jalur lebar, pengurusan penyedia-penyedia platform kritikalnya dan sedang dalam proses meningkatkan ketahanan rangkaiannya." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan