Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost uji skuter mesra alam bagi penghantaran surat

Singapore Post (SingPost) dan TUMCREATE bakal melancarkan ujian bagi penggunaan skuter mesra alam untuk menghantar surat.

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost uji skuter mesra alam bagi penghantaran surat

Skuter elektrik yang baru, dibangunkan SingPost dan TUMCREATE. (Gambar: SingPost)

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) dan TUMCREATE bakal melancarkan ujian bagi penggunaan skuter mesra alam untuk menghantar surat.

Ia akan dilakukan dari 28 Mac hingga 7 April, di dua laluan penghantaran antara Pangkalan Penghantaran Daerah SingPost di Ayer Rajah dengan Universiti Nasional Singapura, menurut SingPost dalam satu kenyataan media semalam (24 Mac).

Skuter beroda tiga itu direka untuk memperkemas proses pos dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, tambah SingPost.

Kenderaan berkenaan akan menggunakan bateri dengan keupayaan yang sesuai bagi laluan yang ditentukan dan tidak mengeluarkan asap ekzos tempatan, menurut SingPost.

SingPost menambah kenderaan itu dilengkapi dengan kemudahan GPS dinamik bagi penghantaran penting dan optimum.

Ia juga mampu memantau pengumpulan dan pengurusan data, mempunyai kamera bersepadu, selain sistem pengesanan mengikut permintaan.

Kenderaan tersebut juga mempunyai sistem penyimpanan yang boleh memotong rutin penghantaran posmen sehingga 40 minit.

Kotak simpanannya boleh ditanggalkan dan menyediakan ruang simpanan 23 peratus lebih besar berbanding skuter pos yang ada sekarang. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan