Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura akan kekalkan had bacaan bagi tekanan darah tinggi

Singapura tidak akan menggunakan garis panduan baru bagi tekanan darah tinggi yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada hari Khamis (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 02:09PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:53PM

SINGAPURA: Singapura tidak akan menggunakan garis panduan baru bagi tekanan darah tinggi yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada hari Khamis (16 Nov).

Garis panduan baru AHA sekarang menentukan hipertensi atau tekanan darah tinggi perlu dirawat segera apabila ia mencecah bacaan 130/80 mm Hg dan bukannya 140/90 seperti had sebelum ini.

Ini bermakna hampir separuh (46 peratus) penduduk AS akan ditakrifkan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

Seorang jurucakap MOH menjelaskan bahawa garis panduan AHA itu berdasarkan penduduk Amerika. Tambahnya perubahan itu bagaimanapun tidak mengubah dengan besar, cara tekanan darah diuruskan.

Garis panduan baru itu menggabungkan dan menentukan pesakit dengan hipertensi Tahap 1 sebagai seseorang yang mempunyai tekanan darah sistolik antara 130 dan 139, dan tekanan darah diastolik antara 80 dan 89.

MOH menyatakan pesakit hipertensi Tahap 1 rendah tidak disyorkan mengambil ubat, meskipun rawatan disyorkan untuk mereka yang pernah mengalami serangan jantung sebelumnya, atau pesakit kencing manis atau penyakit ginjal kronik yang berisiko tinggi.

MOH akan terus menyemak bukti sokongan garis panduan AHA baru itu dan kebolehgunaannya kepada penduduk setempat.

Jurucakap itu berkata tekanan darah boleh dikekalkan pada tahap sihat melalui perubahan gaya hidup sihat termasuk menurunkan berat badan, bersenam lebih kerap, pengambilan makanan sihat, mengelakkan alkohol dan garam, berhenti merokok serta mengelakkan tekanan.

Had normal untuk tekanan darah adalah pada 120 (sistolik) atau berapa banyak tekanan darah di dinding arteri apabila jantung berdegup, dan 80 (diastolik) yang diukur di antara denyutan nadi.

Sumber : CNA/SS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan