Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA rugi S$138 juta dalam suku keempat

Singapore Airlines (SIA) pada Khamis (18 Mei) melaporkan kerugian bersih sebanyak S$138 juta bagi suku keempat dari Januari hingga Mac tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA rugi S$138 juta dalam suku keempat

Gambar fail AFP.

Diterbitkan : 19 May 2017 04:02PM Dikemas Kini : 19 May 2017 04:10PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) pada Khamis (18 Mei) melaporkan kerugian bersih sebanyak S$138 juta bagi suku keempat dari Januari hingga Mac tahun ini.

Ini jauh berbeza berbanding laba bersih sebanyak S$225 juta yang diraih syarikat itu dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Kos minyak pesawat sebelum perlindungan nilai naik $331 juta bagi suku tersebut, disebabkan oleh peningkatan mendadak sebanyak 50.7 peratus bagi harga minyak secara purata dan dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura.

Syarikat berkenaan turut mendedahkan bahawa pendapatannya jatuh $17 juta meskipun terdapat pertumbuhan trafik sebanyak 5.5 peratus.

Syarikat itu juga mendedahkan bahawa ia membuat peruntukan bagi unit kargonya untuk "urusan berkaitan persaingan".

Syarikat penerbangan tersebut turut menyatakan bahawa keuntungan operasinya bagi tahun kewangan 2016 hingga 2017 adalah S$623 juta, iaitu S$58 juta lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Laba bersihnya sepanjang tahun juga jatuh sebanyak 55.2 peratus, "sebahagiannya" disebabkan oleh kerugian bersih yang dicatat dalam suku keempat.

Kerugian bersih sebanyak S$138 juta itu sungguh ketara berbanding keuntungan bersih kumpulan itu sebanyak S$225 juta dalam suku keempat bagi tahun kewangan yang lalu.

Bagi tahun kewangan yang lalu, keuntungan operasi bagi jenama utama SIA jatuh 20 peratus kepada S$386 juta berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, keuntungan meningkat 11 peratus bagi syarikat penerbangan serantaunya, SilkAir, dan ia juga melonjak sebanyak 59.52 peratus bagi syarikat penerbangan tambang murahnya termasuk anak syarikatnya, Tiger Airways dan Scoot.

SIA Cargo pula mencatat keuntungan operasi sebanyak S$3 juta, naik dari kerugian S$50 juta pada tahun kewangan sebelum ini.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan