Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA 'memantau dengan teliti' keadaan di Bali selepas Gunung Agung dijangka meletus

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sedang "memantau dengan teliti" keadaan di Bali selepas pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap waspada di Gunung Agung ke paras tertinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA 'memantau dengan teliti' keadaan di Bali selepas Gunung Agung dijangka meletus

Gambar fail pesawat Singapore Airlines. (Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 04:44PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 04:48PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sedang "memantau dengan teliti" keadaan di Bali selepas pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap waspada di Gunung Agung ke paras tertinggi.

Ini bermakna Gunung Agung mungkin akan meletus tidak lama lagi.

Syarikat penerbangan itu menyatakan dalam catatan di laman Facebook pada Sabtu (23 Sep) bahawa semua penerbangan ulang alik ke Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, yang terletak di Denpasar, beroperasi seperti dijadualkan buat masa ini.

Ia turut mendedahkan bahawa para pelanggan yang melakukan perjalanan ke Bali antara 23 September hingga 2 Oktober, dengan tiket-tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 22 September, boleh menghubungi pejabat tiket SIA, jika mereka ingin membuat tempahan semula atau meminta wang mereka dikembalikan.

SIA juga menasihati para pelanggan untuk mengemas kini butiran mereka untuk dihubungi bagi menerima perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

Mereka juga dinasihati agar menyemak lamannya dengan kerap bagi perkembangan terkini.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga menasihati rakyat Singapura untuk mengelak daripada melakukan perjalanan ke Gunung Agung dan kawasan di sekitarnya, memandangkan gunung berapi itu mungkin akan meletus.

Beribu-ribu penduduk sudahpun dipindahkan dari kawasan perkampungan berhampiran gunung itu, yang juga merupakan lokasi pelancongan yang terkenal.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan