Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shanmugam buat laporan polis ekoran dakwaan oleh States Times Review

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (22 Okt) menyatakan beliau akan membuat aduan polis menyusuli dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh laman sosiopolitik States Times Review.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam buat laporan polis ekoran dakwaan oleh States Times Review

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 22 Oct 2016 08:50PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 09:27PM

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (22 Okt) menyatakan beliau akan membuat aduan polis menyusuli dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh laman sosiopolitik States Times Review.

Dalam satu catatan di laman Facebook, Encik Shanmugam merujuk kepada sebuah artikel oleh States Times Review tentang Forum Institut Pengajian Dasar (IPS) yang diadakan semalam, yang mendakwa beliau berkata "Orang Serani dianggap berbangsa India di bawah 'undang-undang calon Presiden'."

"Ia seterusnya memberi lebih banyak perincian tentang apa yang kononnya saya katakan, dan menyarankan bahawa saya katakannya sebagai respons kepada Encik Bennett Theseira. Dan bahawa 'jumlah orang berbangsa India melebihi orang Serani sebanyak 20 dalam setiap 1 dan oleh itu, sukar untuk mendapatkan Presiden Serani'," tambahnya.

Forum IPS itu dianjurkan untuk membincangkan pembaharuan-pembaharuan kepada Sistem Presiden Dipilih.

Menafikan dakwaan-dakwaan dalam laporan itu, Encik Shanmugam berkata beliau "agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan yang jelas adalah palsu."

"Semua ini palsu keseluruhannya. Semasa sesi saya selama 90 minit, saya tidak mengeluarkan sebarang komen seperti itu yang didakwa dikatakan oleh saya, tentang orang Serani.

"Malah saya tidak ditanya sekalipun tentang orang Serani, sama ada oleh Encik Theseira atau sesiapapun. Dan saya tidak membuat sebarang komen tentang orang Serani. Tiada soalan diajukan kepada saya berhubung orang Serani, dan tiada perbincangan langsung tentang orang Serani," tulis Encik Shanmugam lagi dalam catatannya.

Menteri itu menambah bahawa selain dakwaan-dakwaan itu yang "palsu sama sekali", artikel itu juga melaporkan tentang perkara-perkara lain yang "dikatakan dibincangkan" semasa forum itu, yang sama ada palsu semata-mata, separuh benar atau mengelirukan. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan