Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiausaha Pertahanan Filipina lakukan lawatan pengenalan ke S'pura

Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Lorenzana mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang "mesra" dengan Singapura semasa lawatan pengenalan beliau ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Pertahanan Filipina lakukan lawatan pengenalan ke S'pura

Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Lorenzana. (Gambar: Facebook/ Ng Eng Hen)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 08:07PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 08:10PM

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Lorenzana mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang "mesra" dengan Singapura semasa lawatan pengenalan beliau ke Singapura.

Encik Lorenzana, yang tiba di Singapura semalam (23 Jan), memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) pagi tadi sebelum bertemu Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Kedua-dua menteri membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan kerjasama dalam isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk antipengganasan dan keselamatan siber, menurut satu kenyataan media MINDEF.

Dr Ng juga melahirkan sokongan Singapura bagi Filipina yang akan menjadi pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada tahun ini.

Filipina juga akan menjadi pengerusi bersama bagi Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus Keselamatan Siber dengan New Zealand.

Sebagai sebahagian daripada lawatan tiga harinya, Encik Lorenzana menyampaikan ucapan khas di Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La pada malam semalam.

Beliau dijadualkan menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana hari ini.

Esok, beliau akan melakukan lawatan ke Pusat Kawalan dan Arahan Changi bagi meninjau-ninjau Pusat Maklumat dan menyaksikan Latihan Tindakan Bersepadu yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Latihan pertama dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) itu dikendalikan bersama Pusat Penyelaras HADR Serantau Changi (RHCC), Pasukan Bersenjata Filipina dan Pusat Kecemerlangan Amerika Syarikat bagi Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan.

Encik Lorenzana berada di Singapura hingga esok. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan