Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiausaha Agung NSP, Lim Tean tinggalkan parti

Setiausaha Agung NSP, Lim Tean, meletak jawatan kurang dua tahun selepas dilantik.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung NSP, Lim Tean tinggalkan parti

Encik Lim Tean. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 22 May 2017 04:37PM Dikemas Kini : 22 May 2017 04:41PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Perpaduan Nasional (NSP), Lim Tean, meletak jawatan kurang dua tahun selepas dilantik menjadi setiausaha agung parti itu.

NSP kini perlu mencari pengganti keenamnya bagi jawatan itu sejak Pilihan Raya Umum 2011 (GE).

Dalam satu catatan di Facebook beliau, Encik Lim berkata beliau mempunyai pendekatan politik yang pada "dasarnya amat berbeza" daripada parti itu dan ia "jelas" bahawa beliau tidak lagi boleh terus menjadi anggota.

Encik Lim menulis bahawa beliau telah memberitahu presiden NSP, Sebastian Teo, tentang peletakan jawatannya, pada Khamis lalu.

Beliau dilantik sebagai pemangku setiausaha agung NSP pada 30 Ogos 2015, dua hari sebelum Hari Penamaan Calon bagi GE 2015 selepas Cik Hazel Poa secara mengejut meletak jawatan dua bulan selepas memegang jawatan itu.

Encik Lim secara rasmi menyandang jawatan itu pada 1 September 2015 menyusuli satu pemilihan rasmi.

Menurutnya, beliau sudah cuba untuk "menjadikan NSP suara bagi orang biasa dan rakyat biasa Singapura" sepanjang tempoh berkhidmat sebagai setiausaha agung.

Katanya, beliau akan terus menggunakan wadah-wadah lain untuk menjadi suara bagi rakyat Singapura.

Selain Encik Lim, Encik Goh Meng Seng, Cik Hazel Pao, Cik Jeannette Chong-Aruldoss dan Encik Tan Lam Siong pernah menyandang jawatan sama. 

Sumber : Today/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan