Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seni hiasan Rangoli dihasilkan dengan guli kaca cipta rekod

Satu rekod baru dicipta di Gardens by the Bay hari ini (22 Okt) sebagai sebahagian daripada sambutan Deepavali.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 09:58PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 10:06PM

SINGAPURA: Satu rekod baru dicipta di Gardens by the Bay hari ini (22 Okt) sebagai sebahagian daripada sambutan Deepavali.

Sekitar 15,000 guli kaca digunakan untuk mencipta seni hiasan lantai Rangoli yang rumit.

Seni Rangoli lazimnya dicipta dengan menggunakan beras berwarna-warni dan tepung kering. Namun, seorang artis tempatan memberikan sentuhan moden buat seni hiasan lantai tersebut dengan menggunakan kertas warna, pen marker dan guli.

Hasil seni Rangoli yang dicipta dimuatkan ke dalam Buku Rekod Singapura sebagai kolaj terbesar yang diperbuat daripada guli kaca.

Pameran Rangoli itu akan berterusan hingga ke akhir bulan nanti.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan