Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat berbilang kaum S'pura belum sempurna, tapi perlu berani untuk terus berusaha

Singapura perlu bersikap jujur untuk mengakui bahawa semangat berbilang kaum yang dimilikinya belum lagi sempurna.

Anggaran Waktu Membaca:
Semangat berbilang kaum S'pura belum sempurna, tapi perlu berani untuk terus berusaha

PM Lee bersama Encik Chan Chun Sing, Dr Maliki Osman dan Encik Janil Puthucheary di sesi dialog 'PA Kopi Talk'. (Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

SINGAPURA: Singapura perlu bersikap jujur untuk mengakui bahawa semangat berbilang kaum yang dimilikinya belum lagi sempurna.

Bagaimanapun, negara ini perlu berani untuk terus berusaha menangani perbezaan, memperluaskan ruang bersama, mengukuhkan hubungan dan membantu sesama rakyat Singapura.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan beliau di laman Facebook hari ini (23 Sep).

Beliau menulis sedemikian selepas menghadiri sesi dialog 'PA Kopi Talk' di Kelab Masyarakat Ci Yuan pagi tadi.

Di sesi dialog tersebut, PM Lee menyentuh tentang isu 'Kaum, Semangat Berbilang Kaum, dan Tempat Singapura di Dunia ini'.

Menurut Encik Lee isu-isu itu "jelas dalam fikiran" rakyat Singapura, berdasarkan respons yang diterimanya berhubung Pilihan Raya Presiden dan lawatan beliau ke China.

Dalam catatan beliau, PM Lee juga berkongsi tentang perbincangan yang diadakan anggota panel.

Mereka terdiri daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Maliki Osman dan Menteri Bertanggungjawab bagi Agensi Teknologi Pemerintah Janil Puthucheary.

Mereka turut berkongsi tentang anekdot peribadi berdasarkan pengalaman mereka masing-masing dari kaum Cina, Melayu dan India.

Sesi dialog tersebut dihadiri lebih 500 penduduk. 

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan