Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semakin ramai rakyat S'pura raih markah IQ tinggi; suku daripadanya bawah 12 tahun

Lebih ramai rakyat Singapura - terutama anak-anak lebih kecil - menjalani ujian IQ untuk mengukur kecerdasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2017 05:23PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 11:33PM

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura - terutama anak-anak lebih kecil - menjalani ujian IQ untuk mengukur kecerdasan.

Hasilnya pula menunjukkan lebih ramai warga mendapat markah IQ yang tinggi.

Mensa Singapore - persatuan bagi golongan dengan IQ tinggi- menyaksikan lonjakan 70 peratus bilangan anggotanya dalam masa lima tahun lalu, suku daripada mereka berusia 12 tahun ke bawah.

BOLEH BACA TAJUK AKHBAR PADA USIA 2 TAHUN

Sebagai contoh, sejak berusia dua tahun lagi, Victor sudah boleh membaca tajuk-tajuk akhbar.

IQnya 160, dan Victor merupakan anggota kedua termuda yang diterima menganggotai Mensa Singapore.

Pertubuhan itu hanya menerima masuk 2 peratus teratas penduduk berdasarkan ujian kecerdasan yang diselaraskan.

Memasukkannya ke prasekolah amat menekan ibu bapanya.

Bagi Victor, ia membosankan, lantas tidak memberi tumpuan dalam kelas dan malah menimbulkan gangguan.

Mujur, sekolah rendah lebih membantunya, kerana beliau kini dipantau cabang Pendidikan Bijak Kementerian Pendidikan (MOE).

1 PELAJAR LUAR BIASA BIJAK DALAM KALANGAN 40,000 PELAJAR

Menurut MOE, terdapat seorang anak yang luar biasa bijak dalam sebuah kohort seramai 40,000 pelajar, setiap beberapa tahun.

Seorang pelajar luarbiasa bijak boleh memanfaatkan pelbagai program pencelahan seperti dipadankan dengan seorang mentor yang menyediakan latihan lanjutan dalam bidang pengisian tertentu, malah boleh melompat darjah.

Berbeza daripada Program Pendidikan Bijak (GEP), program bagi pelajar luar biasa bijak menerima masuk pelajar di darjah 4.

Membentuk 1 peratus teratas dalam kohortnya, pelajar-pelajar ini mengikut kurikulum yang sama dengan pelajar aliran biasa.

Namun, fokusnya lebih kuat kepada proses pembelajaran berdikari yang lebih tidak tersusun.

PELAJAR GEP MUNGKIN JUGA CENDERUNG SECARA ARTISTIK

Bukan semua pelajar GEP mesti memiliki IQ tinggi dan bukan semua individu dengan IQ tinggi yang cenderung akademik.

Ia juga boleh menjadi kecemerlangan dalam bakat kreatif dan artistik.

Contohnya, presiden Mensa Singapore - Priscilla Lee sukar menguasai pelajaran Bahasa Inggeris, namun cerdik Matematik dan Sains.

Beliau tidak tahu punya IQ tinggi, sehingga menduduki ujian bagi menganggotai Mensa Singapore pada usia 28 tahun.

Cik Lee berkata: "Asalkan saya dapat memenuhi keperluan minimum dan mendapat purata gred B, saya tidak perlu belajar dengan tekun atau pergi ke sekolah. Kadang kala, saya malah ponteng sekolah sewaktu muda.

"Hanya sesudah dewasa, apabila belajar Psikologi - bidang yang amat saya nikmati - baru saya lebih fokus kepada pelajaran.

Jadi untuk membantu pelajar mengasah bakat tertentu, Lee Yee Wuen - ibu kepada anak 6 tahun yang berIQ tinggi, merancang membuka sekolah khusus untuk mereka.

Jawatankuasa Pendidikan Swasta berkata, ia sedang memproses permohonan tersebut, dan akan mengambil masa beberapa bulan. 

Sumber : CNA/RL/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan