Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seluruh rakyat bersatu, bertafakur seminit

Seluruh rakyat merata negara bertafakur selama seminit sebagai tanda hormat kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2015 08:29PM Dikemas Kini : 29 Mar 2015 08:38PM

SINGAPURA: Seluruh rakyat merata negara bertafakur selama seminit sebagai tanda hormat kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Ia dilakukan hampir serentak dengan hadirin di Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura (NUS) selepas kesemua eulogi selesai disampaikan.

Alunan 'The Last Post' menyelubungi seluruh dewan UCC petang tadi.

Para hadirin, termasuk pemimpin-pemimpin dari dalam dan luar negara, berdiri berganding bahu sambil bertafakur selama seminit.

Di Kelab Masyarakat Tanjong Pagar, suasananya sayu sedang para penduduk memberi penghormatan terakhir mereka kepada bapa pengasas Singapura.

Upacara kemudian diakhiri dengan bacaan ikrar serta nyanyian lagu kebangsaan Singapura. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan