Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah-sekolah Rendah Perempuan Raffles, Ahmad Ibrahim sertai 'Program Makanan Sihat di Sekolah'

Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan (MOE) mewajibkan semua kantin sekolah menyediakan pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat di bawah Program Makanan Sihat di Sekolah-Sekolah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2017 10:16PM Dikemas Kini : 20 May 2017 01:38AM

SINGAPURA: Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan (MOE) mewajibkan semua kantin sekolah menyediakan pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat di bawah Program Makanan Sihat di Sekolah-Sekolah.

Bagaimanapun beberapa sekolah sudah pun melakukan lebih banyak inisiatif bagi menggalak gaya hidup sihat di kalangan pelajar.

Selama sehari, semua gerai makanan di sekolah tersebut digantikan oleh pasukan chef selebriti Jamie Oliver.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif revolusi makanan oleh sekolah itu untuk mengajar para pelajar tentang pemakanan sihat.

Sekolah Rendah Perempuan Raffles menjadi sebahagian daripada Program Makanan Sihat di Sekolah-Sekolah sejak awal tahun ini.

Di bawah program tersebut, para penjual di kantin perlu mengikut garis panduan pemakanan - iaitu kurang lemak dan lebih banyak sayur-sayuran.

Bukan setakat pemakanan sihat, ia juga mengadakan satu siri kegiatan bagi menyebarkan mesej gaya hidup sihat di kalangan para pelajarnya.

Ini termasuk bengkel yoga di mana para ibu bapa juga digalak mengambil bahagian.

Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim pula melancarkan Program Makanan Sihat di Sekolah-Sekolah lebih setahun lalu dan ia mengambil sedikit masa untuk para pelajarnya mengubah selera.

Seorang pelajar Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim memberikan pendapat: "Pertama kali saya ingat ia akan menjadi susah kerana saya tidak suka memakan sayur-sayuran dan perlahan-lahan saya suka memakannnya."

Makanan yang dihidangkan setiap hari tiada makanan bergoreng, makanan diproses atau minuman bergas.

Setiap hidangan lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sesetengah ibu bapa pada mulanya bimbang anak-anak mereka perlu membayar lebih untuk makanan kerana bahan-bahan makanan sihat seperti minyak, beras perang dan roti bijirin lebih mahal.

Tetapi kos tersebut sebenarnya sudah diserap oleh para pegerai.

Sekolah ini juga menukar sebahagian daripada kantinnya kepada hab kesihatan dan mengadakan pesta kesihatan tahunan. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan