Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah beri sokongan bagi pelajar yang ingin buka perniagaan sendiri selepas pengajian

Para pelajar yang bercita-cita membuka perniagaan sendiri selepas pengajian, semakin mendapat sokongan dari sekolah-sekolah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah beri sokongan bagi pelajar yang ingin buka perniagaan sendiri selepas pengajian

Nur Wirdah Azman mengimbangi masa antara pelajaran, pekerjaan sambilan dan perniagaan gubahan coklat.

Diterbitkan : 24 Sep 2017 04:23PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 04:31PM

SINGAPURA: Para pelajar yang bercita-cita membuka perniagaan sendiri selepas pengajian, semakin mendapat sokongan dari sekolah-sekolah mereka.

Lebih banyak program kajian makmal dan keusahawanan kini diadakan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Nur Wirdah Azman mengimbangi masa antara pelajaran, pekerjaan sambilan dan perniagaan gubahan coklat.

Masa, sumber dan kewangan mungkin terhad, tetapi sekolahnya membantu.

Penuntut berusia 21 tahun ini menimba kemahiran perniagaan dalam kursus elektif dan kini merupakan Presiden Kelab Keusahawanan sekolahnya.

Institut Pendidikan Teknikal mempunyai Pusat-Pusat Pembangunan Keusahawanan yang memadankan para pembimbing dengan para pelajar yang berminat menjadi usahawan.

Dana Keusahawanan Pelajar ITE memberi sehingga S$3,000 kepada mereka yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan.

Seorang lagi pelajar yang mendapat sokongan ialah Tan Yi Shu, yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi dan Reka bentuk Singapura.

Beliau dan tiga rakan sekolahnya mencipta sebuah topi keledar bijak yang membolehkan penunggang motosikal untuk melihat 'blind spot' menerusi pelindung muka tanpa mereka perlu menoleh.

Mereka menerima $7,000 untuk membangunkan projek tersebut dan akan mendapat lagi $50,000 selepas layak untuk menerima lebih banyak dana dari SUTD.

Pejabat Teknologi dan Keusahawanannya dibuka Ogos lalu setelah lebih ramai pelajar melahirkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan.
 

Sumber : CNA/EM/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan