Images
  • turtle
    Salah satu anak penyu yang baru menetas di pantai East Coast. (Gambar: NParks) 

Sekitar 100 telur penyu Hawksbill menetas di pantai East Coast

SINGAPURA: Sekitar 100 telur penyu Hawksbill, oleh seekor kura-kura betina yang ditemui bertelur pada Ogos lalu, berjaya menetas di East Coast Park.

Demikian menurut catatan Facebook Lembaga Taman Negara (NParks) semalam (12 Nov).

NParks menyatakan bahawa beberapa telur hilang akibat pemangsa alam semula jadi, tetasan yang lainnya dibebaskan ke laut selepas merekodkan statistik penting - seperti berat badan dan panjangnya karapas atau kulit belakang penyu - dikumpul mengikut "prosedur pengurusan kura-kura dengan baik".

"Kami juga memeriksa setiap satu kulit telur jika terdapat sebarang kecacatan pada kulit atau tubuhnya," menurut NParks.

Anak-anak penyu itu kemudiannya dilepaskan ke pantai di mana ia merangkak laut dengan sendirinya. NParks menyatakan ia penting kerana ia membenarkan penyu untuk mengenal tempat tersebut dalam satu proses dinamakan "imprinting", jadi ia boleh pulang ke kawasan tersebut apabila dewasa kelak untuk bertelur 20 tahun kemudian.

Awal bulan ini, 46 penyu menetas di salah satu kepulauan di selatan Singapura.

Ia ditemui selepas para relawan ternampak biawak memakan telur penyu. Telur yang lainnya pula dilindungi pihak berkuasa sehingga sampai masanya ia menetas.  

- CNA/FA/im

Top