Images
  • flypast
    Terbang Lalu Bendera Negara bagi beberapa Perbarisan Hari Kebangsaan yang lalu. (Gambar: MINDEF, TODAY)

Sejarah di sebalik Terbang Lalu Bendera Negara sejak 1970

SINGAPURA: Juruterbang perintis Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) berpeluang menyertai acara Terbang Lalu Bendera Negara sekali lagi, biarpun buat sehari.

BERITAMediacorp menyusuri sejarah di sebalik acara Terbang Lalu Bendera Negara.

Sudah lebih 40 tahun sejak Leftenan Kolonel bersara, Leo Tin Boon, mengambil bahagian dalam acara Terbang Lalu Bendera Negara yang pertama di Perbarisan Hari Kebangsaan.

Kini, bekas juruterbang ini berpeluang menerbangkan bendera negara sekali lagi bersama lapan orang perintis seangkatan.

Sejak tahun 1970, bendera Singapura diterbangkan masuk di atas para penonton semasa Perbarisan Hari Kebangsaan.

Dengan peredaran masa, pesawat juga harus terbang lebih tinggi kerana banyaknya bangunan-bangunan pencakar langit.

Bendera juga perlu lebih besar supaya ia boleh dilihat oleh para penonton yang berada di bawah.

Pada tahun 1987, bendera sebesar saiz sebuah gelanggang bola keranjang diperkenalkan buat pertama kalinya.

Namun, ia menimbulkan cabaran bagi para juruterbang.

Bendera yang besar itu boleh membalut balast dan tersangkut, maka mereka harus menerbangkan pesawat ke arah yang lain agar bendera boleh berkibar.

Hingga ke hari ini, bendera bersaiz yang sama masih diterbangkan dari Pulau Sudong ke acara perbarisan.

Tahun ini, ia akan terbang di ruang udara pentas terapung Marina Bay.  

- CNA/im

Top