Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebuah tribunal akan ditubuhkan tangani pertikaian antara jiran yang tidak dapat dihuraikan

Sebuah tribunal akan ditubuhkan menangani pertikaian antara jiran yang tidak dapat dihuraikan

Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah tribunal akan ditubuhkan tangani pertikaian antara jiran yang tidak dapat dihuraikan

Flat HDB. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 08:55PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 09:03PM

SINGAPURA: Sebuah tribunal akan ditubuhkan menjelang separuh kedua tahun ini, bagi menangani pertikaian antara jiran yang tidak dapat dihuraikan walaupun setelah menjalani proses perantaraan.

Tribunal itu adalah sebahagian daripada Mahkamah Negara dan akan di kendalikan oleh Hakim Daerah. Ini terkandung dalam Akta Penyelesian Pertikaian yang diluluskan di Parlimen hari ini.

Buat masa ini jiran tetangga yang bertelagah boleh mendapatkan bantuan dari pemimpin akar umbi atau menggunakan hidmat Pusat Perantara Masyarakat (CMC). 

Namun disebabkan tidak ada undng-undang yang mewajibkan pehak yang bertelagah menghadirkan diri dalam sesi parantara, jumlah mereka yang gagal menghadiri sesi CMC, mencecah 60 peratus setiap tahun atau antara 900 dengan 1,500 kes.

Bercakap semasa bacaan kedua rang undang-undang itu di Parlimen Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong berkata dengan adanya Tribunal itu, kedua-dua pihak boleh diperintahkan untuk menghadiri sesi perantaraan.

Jika arahan Mahkamah yang dikeluarkan oleh Tiribunal itu tidak dipatuhi, pesalah boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara 3 bulan bagi kesalahan pertama.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan