Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF gesa orang ramai 'bersikap baik hati' selepas 16 kes penganiayaan terhadap pegawainya tahun ini

Sejak Januari tahun ini, terdapat 16 kes penganiayaan terhadap para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang ditugaskan di barisan hadapan. Demikian menurut SCDF dalam catatan Facebooknya semalam (13 Dis) yang menggesa orang ramai supaya "bersikap baik hati".

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF gesa orang ramai 'bersikap baik hati' selepas 16 kes penganiayaan terhadap pegawainya tahun ini

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 14 Dec 2017 10:29AM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 10:34AM

SINGAPURA: Sejak Januari tahun ini, terdapat 16 kes penganiayaan terhadap para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang ditugaskan di barisan hadapan. Demikian menurut SCDF dalam catatan Facebooknya semalam (13 Dis) yang menggesa orang ramai supaya "bersikap baik hati".

Terdapat 20 kes penganiyaan seperti itu tahun lalu.

Antara insiden yang berlaku tahun ini termasuk satu kes di mana seorang lelaki yang dikejarkan ke hospital dalam ambulans SCDF mengeluarkan kata-kata kesat terhadap para kakitangan ambulans dan kemudian menumbuk seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa yang bertugas sebagai teknisyen perubatan kecemasan.

"Dia juga mencengkam kepala pegawai paramedik yang sedang cuba menenangkannya," menurut SCDF.

Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan kerana melakukan kekerasan terhadap pegawai awam.

Dalam satu kes berasingan yang berlaku pada bulan Julai tahun ini, seorang anggota khidmat perubatan kecemasan SCDF sedang memberi suntikan intravena kepada pesakit lelaki apabila dia "tiba-tiba menjadi ganas", sehingga suntikan tercabut dan paramedik berkenaan cedera.

Dia dijatuhi hukuman penjara 34 bulan atas penderaan fizikal dan beberapa tuduhan lain.

Menurut SCDF, ketika seorang kakitangan khidmat perubatan kecemasan berdepan dengan insiden kecemasan, mereka "melakukan yang terbaik bagi para pesakit.

"Jadi, jangan menganiya mereka," tambah SCDF. "SCDF tidak akan bertolak ansur terhadap penganiayaan dalam bentuk fizikal atau lisan ke atas para pegawai kami. Kami juga tidak akan teragak-agak untuk membuat aduan polis."

"Punya hati. Bantu kami untuk berkhidmat kepada anda sebaik mungkin." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan