Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Satu lagi mayat ditemui susuli pelanggaran kapal tangki

Satu lagi mayat kakitangan yang dilaporkan hilang akibat pelanggaran antara sebuah kapal tangki dengan sebuah kapal korek bulan lalu, ditemui hari ini (12 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2017 04:11PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 09:43PM

SINGAPURA: Satu lagi mayat kakitangan yang dilaporkan hilang akibat pelanggaran antara sebuah kapal tangki dengan sebuah kapal korek bulan lalu, ditemui hari ini (12 Okt).

Mayat itu ditemui berdekatan Rumah Api Raffles di Pulau Satumu di Selat Singapura.

Mediacorp difahamkan mayat tersebut sudah dikenal pasti ahli keluarganya, dan mayat itu juga disahkan sebagai seorang kakitangan warga China dari JBB De Rong yang berdaftar di Dominican Republic.

Secara keseluruhannya, terdapat 12 anak kapal - 11 warga China dan seorang rakyat Malaysia - yang berada di atas kapal korek itu semasa pelanggaran berlaku dengan kapal tangki Kartika Segara yang berdaftar di Indonesia pada 13 September, sekitar 1.7 batu nautika dari Pulau Subar Laut dan Darat atau Sisters' Islands.

Tujuh warga China berjaya diselamatkan sementara lima lagi dilaporkan hilang. Kesemua 26 anak kapal yang berada di atas kapal tangki semasa kejadian selamat dan tidak cedera.

Dua mayat daripada lima orang yang dilaporkan hilang ditemui pada hari yang sama (13 Sept).

Mediacorp juga difahamkan satu lagi mayat ditemui dekat dengan perairan negara Indonesia, namun mayat tersebut belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa masih mencari semua anak kapal yang hilang dan sedang mencuba menyelamatkan kapal korek yang sebahagiannya tenggelam berdekatan Pulau Senang akibat pelanggaran itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan