Images
  • scdf fire bukit batok
    (Gambar: SCDF) 

Satu lagi kebakaran semasa mengecas basikal elektrik, 4 cedera

SINGAPURA: Empat orang, termasuk seorang bayi berumur tiga tahun, cedera dalam sebuah kebakaran di flat Bukit Batok awal pagi ini (12 Okt).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian di tingkat dua Block 231 Bukit Batok East Avenue 5 pada sekitar 3.50 pagi.

Api itu dipadam menggunakan jet air, menurut SCDF, yang menambah siasatan awal menunjukkan punca kebakaran tersebut adalah basikal elektrik yang dicas semalaman.

Gambar yang dikongsi SCDF menunjukkan, ruang tamu dan koridor teruk terjejas.

Keempat-empat orang cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

SCDF menasihati orang ramai agar jangan mengecas alat mobiliti peribadi seperti basikal elektrik, semalaman atau mengecasnya secara berlebihan.  

- CNA/AQ/aq

Top