Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sarkasi Said muncul dengan pameran 'Always Moving' selepas 5 tahun sepi

Selepas lima tahun "menyepi", pelukis batik tersohor, Sarkasi Said muncul dengan pameran seni batiknya yang terbaru di Muzium Universiti Nasional Singapura (NUS). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Selepas lima tahun "menyepi", pelukis batik tersohor, Sarkasi Said muncul dengan pameran seni batiknya yang terbaru di Muzium Universiti Nasional Singapura (NUS).

Bertajuk 'Always Moving' atau 'Sentiasa Bergerak', pameran yang bermula Jumaat ini (22 Sep) mengajak pengunjung menghayati hasil karya beliau dari tahun 1990-an hingga kini.

Seiring dengan pembangunan seni di Singapura, Encik Sarkasi Said juga tidak hanya membatik dengan bentuk halus tapi bergerak ke karya yang lebih ekspresif.

Misalnya, hasil seni beliau kini lebih dari sekadar corak-corak bunga tetapi mengandungi ungkapan tatacara tradisi dan alam semulajadi.

"Dalam karya ini saya selitkan kehidupan. Suatu kehidupan. Bagaimana seseorang itu hidup, bagaimana dapat melanjutkan, bagaimana dapat kita nanti mempunyai masyarakat yang sama atau mempunyai keharmonian," kata Encik Sarkasi.

Meski bereksperimentasi dengan gaya abstrak dan ekspresif, beliau tetap memegang kepada prinsip asas teknik perintangan yang menurutnya, memberi pengertian kepada hasil batik sekaligus merujuk kepada persoalan pemuliharaan budaya dalam keadaan sezaman.

Pelukis berusia 77 tahun ini berharap pamerannya kali ini dapat memberi pengertian yang lebih baik terhadap batik.

Encik Sarkasi turut berkata: "Batik itu bukan kain atau baju. Batik itu adalah 'media', teknik yang digunakan untuk buat kain sarong. Untuk buat baju. Untuk juga membuat lukisan-lukisan. Jadi dianya sebagai media. Bila kita katakan batik, sebenarnya bukan benda yang dibuat dengan media batik itu. Tapi dia mempunyai ciri-ciri tersendiri."

(Gambar-gambar: Hoong Wei Long/ Muzium NUS)

'Always Moving' menyusuri perjuangan seni Encik Sarkasi dari zamannya sebagai artis jalanan hingga menjadi pelukis batik tersohor.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat ini hingga akhir tahun.

Selain menikmati hasil seni halus dari seniman batik ini para pengunjung juga berpeluang mempelajari teknik batik melalui bengkel-bengkel yang dirancangkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan