Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Salleh Marican ditemani 25 penyokong, hantar borang permohonan Pilihan Raya Presiden

Ketua Pegawai Eksekutif, (CEO) Second Chance, Encik Salleh Marican, hari ini menghantar borang permohonan beliau untuk menyertai Pilihan Raya Presiden 2017. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif, (CEO) Second Chance, Encik Salleh Marican, hari ini menghantar borang permohonan beliau untuk menyertai Pilihan Raya Presiden 2017.

Beliau ditemani isterinya Sapiyah Abu Bakar, adik beliau Hassan Marican. Encik Salleh juga bersalaman dengan sekitar 25 penyokong beliau yang sudahpun menanti ketibaannya di luar Jabatan Pilihan Raya.

Encik Salleh merupakan individu pertama yang menyuarakan hasrat untuk bertanding (pada 5 Jun) dan yang pertama juga menghantar borang permohonan (hari ini, 23 Ogos).

Suasana di Jabatan Pilihan Raya sedang Encik Salleh Marican menyerahkan borang kelayakan dan sijil masyarakat.

Posted by BERITAMediacorp on Wednesday, 23 August 2017

Tidak seperti semasa beliau mengambil borang pada Jun lalu, pasukan kempen Encik Salleh hari ini kelihatan lebih berhati-hati, dan tidak membenarkan pihak media untuk merakamkan wawancara menerusi Facebook Live.

Isteri Encik Salleh, Cik Sapiyah, juga tampil dengan imej yang sedikit berbeza kali ini berbanding dengan semasa penyerahan borang.

Encik Salleh Marican baru saja menyerahkan borang kelayakan dan sijil masyarakat di Jabatan Pilihan Raya.

Posted by BERITAMediacorp on Wednesday, 23 August 2017

Dua lagi individu yang sudahpun meluahkan hasrat untuk bertanding - peniaga syarikat marin, Farid Khan Kaim Khan dan mantan Speaker Parlimen Halimah Yacob sejauh ini difahamkan belum lagi menghantar borang permohonan.

Tempoh untuk menghantar borang permohonan akan ditutup lima hari selepas writ dikeluarkan.

Writ dijangka dikeluarkan bulan ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan