Images
  • duke nus
    Gambar: Facebook

Saintis tempatan teroka cara elak kegagalan buah pinggang

SINGAPURA: Para saintis tempatan menemui sejenis protein, Interleukin 11 atau IL11 yang menyebabkan fibrosis atau sejenis tumbuhan yang boleh mengancam nyawa.

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Pusat Jantung Kebangsaan Singapura kini sedang meneroka rawatan yang menyasarkan penyakit tersebut.

Singapura mempunyai kadar kegagalan buah pinggang yang tinggi iaitu satu pesakit baru dalam setiap lima jam.

Satu punca utama ialah fibrosis di mana tubuh seseorang itu menghasilkan tisu parut yang berlebihan sehingga boleh memusnahkan fungsi organ.

Pasukan penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS percaya jika mereka boleh mengelakkan buah pinggang daripada rosak, mereka boleh mengekang rawatan dialisis.

Penemuan pasukan perubatan itu adalah penting sedang masyarakat perubatan lama mendapati sejenis protein lain, TGFB1 sebagai punca utama kegagalan buah pinggang yang turut memberi kesan kepada organ penting lain seperti jantung.

Namun, ubat yang menyasarkan protein itu menyebabkan kesan sampingan seperti jangkitan.

Maka itu, kajian baru ini menawarkan harapan baru bagi para pesakit.

Semasa kajian lima tahun, para saintis melakukan ujian terhadap tikus dan lebih 80 contoh jantung para pesakit Pusat Jantung Kebangsaan.

Ia merupakan kali pertama kumpulan besar manusia yang dikaji dalam bidang tersebut.

Para penyelidik membentuk sebuah syarikat untuk menghasilkan rawatan bagi menyasarkan protein IL11.

Mereka akan memohon kelulusan ubat yang dihasilkan menjelang 2019 dan merancang untuk memulakan ujian klinikal menjelang 2020. 

- CNA/NU/sm

Top