Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis S'pura kenal pasti susunan genetik durian Musang King

Sekumpulan saintis dari Pusat Barah Kebangsaan Singapura dan Sekolah Perubatan Duke-NUS mengenal pasti susunan genetik buah durian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Oct 2017 08:08PM Dikemas Kini : 09 Oct 2017 09:47PM

SINGAPURA: Sekumpulan saintis dari Pusat Barah Kebangsaan Singapura dan Sekolah Perubatan Duke-NUS mengenal pasti susunan genetik buah durian.

Ini bermakna, beberapa ciri buah tersebut boleh diubah pada masa depan.

Pasukan itu menerima biaya sebanyak S$500,000 dari sekumpulan pencinta durian yang tidak ingin dikenali, bagi projek tersebut.

Dengan melakukan kajian ke atas jenis durian Mao Shan Wang atau Musang King, pasukan ini berjaya mengenal pasti susunan genom durian yang didapati mempunyai 46,000 genom - dua kali ganda manusia yang mempunyai 23,000.

Dengan susunan gen yang dikenal pasti, pasukan kajian ini berkata, ini boleh membantu mempercepatkan proses biasa untuk merubah ciri-cirinya, misalnya gen-gen yang menyebabkan kandungan gula yang tinggi dalam durian.

Mungkin juga, durian dengan bau yang tidak terlalu kuat boleh dihasilkan.

Lazimnya, susunan genom tumbuhan lebih sukar untuk dikenalpasti kerana ia lebih rumit.

Untuk mengatasi cabaran itu, pasukan ini menyepadukan data dari tiga wadah berbeza untuk mengenal pasti susunam genom.

Mereka berkata, mereka yang pertama di rantau ini untuk melakukannya.

Dengan kepakaran teknikal ini boleh digunakan untuk kajian tumbuhan lain.

Pasukan ini mendermakan data yang diperolehi kepada Lembaga Taman Negara (NParks).

Mereka berharap ia boleh membantu dalam usaha-usaha pemeliharaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan