Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NTU hasilkan kit uji sama ada pesakit kencing manis alami radang

Para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menghasilkan satu kit ujian baru yang membolehkan doktor mengetahui dalam masa beberapa minit sahaja, sekiranya pesakit kencing manis mengalami radang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2016 12:15AM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 01:58AM

SINGAPURA: Para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menghasilkan satu kit ujian baru yang membolehkan doktor mengetahui dalam masa beberapa minit sahaja, sekiranya pesakit kencing manis mengalami radang.

Ini bermakna ia mempercepatkan ujian yang dilalui para pesakit, menyediakan penjagaan lebih baik serta temujanji di hospital yang perlu dilakukan pesakit juga berkurangan.

Kini, para pesakit diperlukan menunggu buat beberapa jam bagi keputusan ujian darah.

Para pesakit kemudian harus datang ke hospital untuk temujanji kedua bagi membincangkan keputusan ujian darah mereka bersama doktor.

Sekiranya para pesakit kencing manis dapat dikategorikan berdasarkan tahap radang, termasuk tahap glukosa, para doktor berupaya memilih rawatan paling sesuai.

Penyakit kencing manis adalah masalah kesihatan serius yang menjejas sekitar 10 peratus penduduk dunia. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan