Images
  • nfl
    (Gambar: Petikan skrin dari video Facebook)

SAFSA, Yishun Sentek Mariners gaduh semasa perlawanan Liga NFL

SINGAPURA: Satu pergaduhan besar berlaku di akhir perlawanan Divisyen Satu Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) antara Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFSA) dan Yishun Sentek Mariners di Stadium Jalan Besar pada Ahad malam (12 Nov).

Insiden tersebut berlaku pada masa tambahan dalam separuh kedua apabila pemain Yishun Sentek Mariners Zulfadhli Suzliman dibuang padang, dengan pasukannya ketinggalan 2-3.

Dalam video yang menular di laman sosial dan WhatsApp, para pemain di padang juga dilihat saling bertumbuk.

NFL Division One: Fracas at Jalan Besar between SAFSA and Yishun Sentek Mariners; For those who were there, could you help to verify what happened? Source: WhatsApp

Posted by The Unofficial S.League Podcast on Sunday, 12 November 2017

Sedang pergaduhan itu berlaku, seorang pemain simpanan yang memakai bib dilihat mendekati seorang pemain SAFSA berhampiran bendera penjuru.

Perkelahian itu diteruskan berhampiran ruang duduk utama, dengan para pemain dan pegawai pasukan dari kedua-dua pasukan dilihat menolak-nolak satu sama lain dan terpaksa dileraikan.

Insiden itu berlaku sekitar tiga minit dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengesahkan wisel penamat ditiup selepas insiden berkenaan.

Ketua jurulatih bagi Yishun Sentek Mariners Yakob Hashim memberitahu Mediacorp bahawa seorang pemain SAFSA membuat "komen yang menjatuhkan maruah" kepada Zulfadhli, dan ini "mencetuskan reaksi daripada pemain saya".

"Amat dikesali bahawa insiden seumpama itu berlaku. Siasatan masih diteruskan dan kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa relevan," dedahnya.

FAS menyatakan dalam catatannya di Facebook awal pagi Isnin bahawa pihak polis sudahpun dimaklumkan, dan "tiba di tempat kejadian sejurus selepas itu bagi mendapatkan butiran daripada kedua-dua pasukan selepas perlawanan itu selesai". FAS turut mendedahkan bahawa isu tersebut masih dalam siasatan.

"FAS tidak memberi tolak ansur terhadap sebarang kelakuan tidak berbudi yang mencemar nama sukan kita, dan menjejas nama baiknya," dedah FAS.

Kedua-dua pasukan itu bermain bagi merangkul kejuaraan piala Divisyen Satu NFL, dengan SAFSA mendahului liga dengan dua mata di hadapan Mariners selepas perlawanan pada Ahad. Awal dari itu, Yishun Sentek Mariners mendahului liga sebanyak 12 pasukan itu.

Liga Bola Sepak Kebangsaan adalah pertandingan amatur yang merangkumi dua divisyen bagi kelab-kelab yang terikat dengan FAS.

Dua pasukan teratas Divisyen 2 akan layak ke Divisyen Satu, dan dua pasukan tercorot bagi Divisyen 2 akan dikeluarkan dari liga pada hujung musim.

Pasukan-pasukan itu bermain dalam format liga dua pusingan, dengan perlawanan di padang sendiri dan padang lawan semasa menentang pasukan lain.

- CNA/IM/im

Top