Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura terima undangan sertai Sidang Puncak Hamburg G20

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada Canselor Jerman Angela Merkel hari ini (2 Dis) untuk menerima undangan menghadiri Sidang Puncak G20 di Hamburg.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2016 08:56PM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 12:58AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada Canselor Jerman Angela Merkel hari ini (2 Dis) untuk menerima undangan menghadiri Sidang Puncak G20 di Hamburg.

Sidang puncak itu akan diadakan dari 7 hingga 8 Julai 2017.

PM Lee berkata Singapura berbesar hati menerima undangan itu dan menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Jerman ke arah sidang puncak yang berjaya.

Singapura bukan anggota G20 namun negara yang menganjurkannya boleh menjemput negara-negara tetamu untuk menyertai mesyuarat-mesyuaratnya.

Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Kewangan dalam kenyataan bersama menyatakan: "Sebagai pusat kewangan yang besar dan hab pelaburan-pelaburan ke Asia, Singapura menantikan untuk menyumbang dalam perbincangan-perbincangan G20 tentang perubahan kewangan global, sistem perdagangan pelbagai pihak, pengambilan pekerja dan digitalisasi".

Kenyataan itu menambah bahawa Singapura menghargai usaha Jerman mendampingi negara-negara yang bukan anggota G20.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan