Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Poland nantikan kelulusan perjanjian dagangan EU-S'pura

Singapura dan Poland menanti-nantikan kelulusan Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Poland nantikan kelulusan perjanjian dagangan EU-S'pura

Presiden Tony Tan Keng Yam dan Cik Tan disambut mesra oleh Encik Adam Szczypek, Timbalan Pengarah dari Canseleri Presiden di Warsaw, Poland. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 22 May 2017 08:16PM Dikemas Kini : 22 May 2017 08:17PM

SINGAPURA: Singapura dan Poland menanti-nantikan kelulusan Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura, bagi meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua buah negara.

Dalam pertemuannya dengan Presiden Poland, Andrzej Duda, Presiden Tony Tan Keng Yam mengundang syarikat-syarikat negara Eropah itu agar memanfaatkan kedudukan Singapura sebagai hab serantau ke Asia Tenggara.

Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan Poland hampir 50 tahun yang lalu.

Dan ini merupakan lawatan rasmi yang pertama ke Poland, oleh Ketua Negara Singapura.

Menurut Presiden Tan, lawatan ini menandakan detik bersejarah dalam hubungan antara kedua-dua buah negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan