Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu wujudkan "kelas pertengahan baru" dengan kemahiran digital

Revolusi digital sedang mengganggu pekerjaan-pekerjaan dan menjejas gaji.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu wujudkan "kelas pertengahan baru" dengan kemahiran digital

Para pekerja berjalan kaki ke stesen MRT di pusat bandar Singapura. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 02:06PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 02:07PM

SINGAPURA: Revolusi digital sedang mengganggu pekerjaan-pekerjaan dan menjejas gaji.

Oleh itu pemerintah mesti membuat pilihan antara melindungi diri sendiri atau melengkapi rakyat dengan kemahiran-kemahiran yang relevan agar dapat mengharungi gelombang revolusi itu.

Menteri Bertanggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak, Vivian Balakrishnan berkata demikian di pembukaan rasmi wadah perdagangan Asia, Internet of Things (IoT) hari ini (29 Mac).

"Kelas pertengahan, pekerjaan kolar putih dan gaji akan terjejas lebih pantas berbanding sebelum ini," kata Dr Balakrishnan, yang juga Menteri Ehwal Luar.

"Cabaran politik paling penting ialah mempersiapkan para warga kami bagi revolusi ini... daripada cuba tetapi gagal bersaing dengan mesin-mesin dan program.

"Itu adalah sikap terlalu mudah, populis dan preskripsi yang salah sama sekali, " tambahnya, sambil berkata langkah membina 'tembok' dan hambatan akan "mengakibatkan bencana."

Oleh itu, ada perlunya untuk menyesuaikan diri dan membiasakan penggunaan teknologi-teknologi baru untuk membentuk "kelas pertengahan yang baru" yang dilengkapi dengan kemahiran dan keupayaan untuk meraih manfaat daripada revolusi digital - yang merupakan teras insiatif Negara Bijak, tegasnya.

Menteri itu menggariskan cara-cara Pemerintah sedang melakukan demikian, termasuk pengumuman baru-baru ini tentang Kumpulan Pemerintah Negara Bijak dan Digital (SNDGG), yang akan bertanggungjawab memacu perubahan digital untuk perkhidmatan awam bagi memperbaiki penyediaan khidmat.

Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) juga memeterai memorandum pernyataan niat yang baru dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) agar 2,000 pegawai awam menjalani latihan sains data setiap tahun untuk lima tahun mendatang.

Pemerintah juga akan menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan wadah-wadah digital nasionalnya, termasuk pembangunan Platform Negara Bijak agar teknologi sensor dapat digunakan di serata negara. Ini untuk memupuk inovasi, mengurangkan kos perniagaan dan memanfaatkan rakyat, kata Dr Balakrishnan.

Contohnya, GovTech sedang menimbangkan untuk memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada bagi memaksimumkan penggunaan aset-aset fizikal negara ini seperti tiang lampu.

Menteri itu berkata tiang-tiang lampu tersebut akan dirintis sebagai titik-titik tumpuan untuk mengerahkan sensor, lampu isyarat dan keterhubungan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Januari tahun ini akan melancarkan sistem pencahayaan jalan raya yang lebih bijak dan berkesan tenaga di serata negara menjelang 2022, dan GovTech akan 'menumpang' inisiatif ini bagi menjalankan percubaan-percubaannya.

Dr Balakrishnan bagaimanapun menekankan bahawa keselamatan siber kekal sebagai fokus utama inisiatif Negara Bijak.

Pembangunan dan penggunaan Internet Of Things - merujuk kepada konsep yang menghubungkan alat-alat ke Internet - dijangka dipertingkatkan.

Syarikat-syarikat Asia Pasifik dianggarkan akan membelanjakan lebih S$81 bilion bagi kajian dan pengembangan dalam IoT menjelang 2020.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan