Images
  • jogger botanic gardens
    Orang ramai berlari-lari anak di Kebun Bunga Singapura. (Gambar fail: Calvin Oh)

S'pura negara paling sihat di Asia - Indeks Bloomberg

SINGAPURA: Singapura merupakan negara dengan rakyat paling sihat di Asia.

Ia juga merupakan negara dengan rakyat paling sihat yang keempat di dunia, menurut satu indeks baru Bloomberg.

Singapura menumpaskan negara-negara seperti Australia (di tempat ke-5), Jepun (ke-7), New Zealand (ke-19) dan Amerika Syarikat (ke-34).

Ia hanya kalah di tangan Itali, Iceland dan Switzerland dalam Indeks Negara Paling Sihat Bloomberg 2017, menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini (20 Mac).

Berdasarkan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia, indeks itu memberikan ranking kepada 163 negara berdasarkan aspek-aspek seperti jangkaan hayat, punca-punca kematian dan risiko kesihatan seperti darah tinggi, penggunaan tembakau, pemakanan tidak seimbang dan ketersediaan air yang bersih.

Setiap negara diberikan gred kesihatan yang sama dengan markah yang diraihnya bagi setiap aspek tersebut, setelah markahnya dipotong bagi sebarang penalti risiko kesihatan.

50 negara yang mendapat ranking tertinggi adalah seperti berikut:


- CNA/nd

Top
>