Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti ‘perhati, kemudi dengan hati-hati' sedang landskap geopolitik berubah

Berucap di sebuah jamuan malam Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tiong Bahru, Encik Chan berkata Singapura mesti kekal berprinsip dan pragmatik serta mempunyai pandangan masa panjang jika ia mahu diambil secara serius. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mesti ‘perhati, kemudi dengan hati-hati' sedang landskap geopolitik berubah

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing berucap di satu jamuan malam Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tiong Bahru.

Diterbitkan : 13 Aug 2017 03:43PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 03:47PM

SINGAPURA: Sedang landskap geopolitik global berubah - terutama sekali melibatkan Amerika Syarikat, China dan negara lain dalam rantau ini - Singapura mesti "memerhatikan dan bergerak dengan berhati-hati" bersama kuasa-kuasa baru ini.

Singapura juga tidak harus menjadi pihak “yang mengambil kesempatan masa pendek tanpa prinsip", kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing malam semalam (12 Ogos).

Berucap di sebuah jamuan malam Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Tiong Bahru, Encik Chan berkata Singapura mesti kekal berprinsip dan pragmatik serta mempunyai pandangan masa panjang jika ia mahu diambil secara serius.

Ia juga harus peka bahawa kuasa-kuasa besar sentiasa berubah dan membuat penyesuaian apabila diperlukan.

Encik Chan menambah Singapura harus jelas terhadap kepentingannya dan juga negara lain dan mencari persamaan dalam perbezaan.

Beliau juga mengatakan Singapura mesti kekal relevan dan memberi sumbangan dan tidak harus menjangkakan akan mendapat belas ikhsan.

Sebagai contoh, agensi Pemerintah seperti MINDEF sudah meramalkan cabaran-cabaran seperti pembangunan senjata jarak jauh dan membina kemampuan untuk mempertahankan kedaulatan Singapura.

Singapura juga mesti kekal berjaya dari segi ekonomi, kata Encik Chan; jika tidak, tiada siapa akan memberi perhatian kepada negara ini dan mempelawa Singapura turut bersama "membincangkan peraturan bagi fasa sistem ekonomi global seterusnya".

Inilah sebabnya Singapura perlu meneroka peluang-peluang dan mempelbagaikan hubungan perdagangannya, bukan sekadar memanfaatkan pertumbuhan pasaran melewati sempadannya tetapi juga memastikan ekonomi negara tidak bergantung kepada satu atau dua negara saja, kata Encik Chan.

"S'PURA JANGKAUI JANGKAAN"

Bagi bidang ekonomi, Encik Chan menarik perhatian bahawa Singapura sudah melepasi jangkaan dalam dua suku yang lalu dan jurang ramalan pertumbuhan negara sepanjang tahun kini semakin kecil dari 2 hingga 3 peratus berbanding 1 hingga 3 peratus.

Jika ia terus menyusun semula industri dan melatih pekerja, Singapura berada di landasan untuk "bergerak ke trajektori pertumbuhan yang baru", katanya.

Namun perlu ada perubahan dari segi tumpuan - daripada hasil kasar dalam negeri (GDP) kepada hasil kasar negara (GNP) iaitu satu penanda aras banyak negara seperti Switzerland, tambah Encik Chan.

Beliau juga berucap dalam bahasa Mandarin dan Melayu.

Dalam bahasa Mandarin, Encik Chan berkata anti-pengganasan bukan sekadar mencegah sesuatu tindakan daripada berlaku.

Pihak pengganas ingin mengganggu perpaduan masyarakat dan kehidupan seharian. Bagi perkara itu, beliau menggesa rakyat Singapura untuk bersatu tidak kira kaum, bahasa atau agama.

Dalam bahasa Melayu, Encik Chan berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan membuat pengumuman mengenai sektor prasekolah.

Namun melewati skim dan program baru, para ibu bapa juga harus memainkan peranan.

Encik Chan menggalak para ibu bapa sering menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan untuk memanfaatkan semua peluang yang ada sebagai masyarakat untuk membantu golongan yang berkeperluan.

Ini supaya seramai kanak-kanak yang boleh dapat menjalani pendidikan prasekolah dan mendapat asas yang baik. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan