Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kutuk keras serangan terhadap Kristian Koptik di Mesir

Sekumpulan lelaki bersenjata dan memakai topeng menyerang sebuah bas yang membawa penganut Kristian Koptik ketika mereka sedang menuju ke sebuah biara. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kutuk keras serangan terhadap Kristian Koptik di Mesir

Sanak saudara mangsa serangan terbaru yang berlaku di Mesir. (Gambar: AP/Amr Nabil)

Diterbitkan : 27 May 2017 03:09PM Dikemas Kini : 27 May 2017 03:10PM

SINGAPURA: Singapura hari ini (27 Mei) menyatakan ia mengutuk keras serangan terhadap golongan Kristian Koptik, yang berlaku di Minya, Mesir, pada Jumaat (26 Mei).

Sekumpulan lelaki bersenjata dan memakai topeng menyerang sebuah bas yang membawa penganut Kristian Koptik ketika mereka sedang menuju ke sebuah biara.

28 orang terbunuh dan 24 lagi cedera, suritadengan ramai kanak-kanak antara mangsa serangan itu.

"Kami menyampaikan salam takziah amat mendalam kepada keluarga-keluarga yang terjejas dan berharap mereka yang cedera akan cepat sembuh," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya.

Ia menambah bahawa tiada laporan rakyat Singapura yang terjejas dalam kejadian itu.

Kedutaan Singapura di Kaherah juga telah menghubung rakyat Singapura yang berada di sana.

MFA juga menasihati rakyat Singapura yang berada di Mesir supaya memantau berita, mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan, dan terus berhubungan dengan keluarga dan rakan mereka di sini.

Tambahnya, mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh segera menghubungi Kedutaan Singapura di Kaherah atau Pejabat MFA yang beroperasi 24-jam di talian berikut:

Kedutaan Republik Singapura di Kaherah
Nombor telefon: +20 2 3749 0468 / +20 2 3749 5045
Nombor telefon bimbit: +20 109 8064 130
Emel: singemb_cai [at] mfa.sg

Pejabat Tugas MFA (24-hour)
Nombor telefon: +65 6379 8800/+65 6379 8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan