Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kutuk keras serangan Finsbury Park; tiada rakyat S'pura terjejas

Singapura terkejut dan mengutuk keras serangan terhadap para jemaah yang tidak berdosa semasa mereka meninggalkan masjid-masjid  selepas solat terawih di Finsbury Park di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2017 05:29PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 09:09PM

SINGAPURA: Singapura terkejut dan mengutuk keras serangan terhadap para jemaah yang tidak berdosa semasa mereka meninggalkan masjid-masjid selepas solat terawih di Finsbury Park di London.

Ini menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (19 Jun).

"Ia lebih membimbangkan kerana serangan dahsyat ini berlaku semasa bulan Ramadan yang mulia ini.

"Tindakan seumpama itu mengingatkan kita bahawa kita mesti terus berwaspada, dan tidak membenarkan kebencian dan permusuhan disemai dalam masyarakat. Kita menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh," dedahnya.

Menurut MFA, tiada rakyat Singapura yang dilaporkan cedera atau terjejas dalam serangan tersebut sejauh ini.

MFA juga menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa London untuk memantau keadaan dan turut menghulurkan bantuan kepada rakyat Singapura yang berdaftar online di London.

"Rakyat Singapura di Britain dinasihati supaya berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka agar mereka tahu anda selamat," dedah MFA.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular dengan segera harus menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London di:

44 (0)207 235 8315
+44 (0)771 034 8335;
atau pejabat petugas MFA di Singapura di +65 63798800/8855. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan