Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Jepun mahu TPP disahkan, dikuatkuasa secepat mungkin

Jepun dan Singapura akan bekerjasama untuk memgesahkan perjanjian perdagangan bebas Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) secepat mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Jepun mahu TPP disahkan, dikuatkuasa secepat mungkin

Presiden Tony Tan Keng Yam berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sewaktu pertemuan mereka di Tokyo. (Gambar: AFP/Franck Robichon)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 08:29AM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 08:34AM

TOKYO: Jepun dan Singapura akan bekerjasama untuk mengesahkan perjanjian perdagangan bebas Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) secepat mungkin.

Ini menyusuli mesyuarat pada Khamis (1 Dis) antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam, yang kini sedang mengadakan lawatan negara pertamanya di Jepun.

Kedua-dua negara adalah sebahagian daripada TPP yang terdiri daripada 12 buah negara yang merangkumi sekitar 40 peratus daripada ekonomi global.

Namun, masa depan bagi inisiatif yang diterajui Amerika Syarikat itu kini belum jelas setelah bakal Presiden baru Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau merancang untuk menarik diri daripada perjanjian itu apabila beliau menyandang jawatan tersebut.

Kedua-dua pemimpin Singapura dan Jepun menekankan pentingnya perjanjian dagangan yang luas itu. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada 19 November bahawa Singapura akan meminda undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian tersebut pada tahun depan.

Di Jepun, dewan rakyat negara itu sudahpun mengesahkan perjanjian TPP dan kini dibentangkan kepada dewan negara.

Sebelum ia dikuatkuasakan, perjanjian itu perlu disahkan sebelum Februari 2018 oleh sekurang-kurangnya enam buah negara yang membentuk 85 peratus daripada hasil pengeluaran ekonomi perkumpulan itu.

Dr Tan juga berkata beliau berharap Perjanjian Kerjasama Menyeluruh Serantau "dapat segera dimuktamadkan". Perjanjian itu melibatkan 16 buah negara yang turut dianggotai Singapura dan Jepun.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan