Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura hantar bantuan bernilai S$100,000 ke wilayah Rakhine

Pemerintah  menghantar bekalan bantuan bernilai S$100,000 bagi penduduk di wilayah Rakhine, Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura hantar bantuan bernilai S$100,000 ke wilayah Rakhine

Bantuan kemanusiaan yang merangkumi 3,800 set dapur bernilai S$100,000. (Gambar: Facebook / MFA)

Diterbitkan : 14 Dec 2017 10:33PM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 10:42PM

SINGAPURA: Pemerintah menghantar bekalan bantuan bernilai S$100,000 bagi penduduk di wilayah Rakhine, Myanmar.

Bekalan itu diserahkan kepada pejabat Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional Myanmar di Yangon pada Khamis (14 Dis) oleh Duta Singapura ke Myanmar Robert Chua.

Ia termasuk 3,800 set dapur yang merangkumi periuk, kuali, cawan dan sudu garpu.

Bekalan tersebut dihantar oleh Pusat Penyelaras ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan berhubung pengurusan bencana (Pusat AHA).

"Bekalan bantuan akan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum atau agama. Kami berharap sumbangan kami akan membantu mengurangkan penderitaan mereka," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam catatan Faceboook pada Khamis.

Ia juga mendedahkan bantuan bagi pelarian Myanmar di Bangladesh sudahpun dihantar terlebih dahulu.

"Ia menjadi harapan kami agar semua pihak yang terlibat akan bekerjasama untuk berbaik-baik, supaya mereka yang terjejas dapat membina semula kehidupan dan hidup dengan aman, bermaruah dan harmoni," dedah MFA.

Penindasan tentera Myanmar ke atas pemberontak di wilayah Rakhine yang bermula pada bulan Ogos menyebabkan umat Islam Rohingya melarikan diri ke negara Bangaladesh. Ramai penduduk terbunuh di Rakhine menyusuli kejadian itu.

Pada bulan Oktober, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menghantar bekalan kemanusiaan bernilai S$270,000 ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya.

Bekalan yang disumbangkan oleh kedua-dua SAF dan Mercy Relief termasuk khemah, lampu kuasa suria dan kit yang mengandungi selendang, tuala wanita serta sabun.

Barangan lain dalam bungkusan bantuan itu termasuk selimut, makanan dan bekalan perubatan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan