Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan terus sertai perjanjian-perjanjian dagangan lain selepas Amerika tarik diri daripada TPP

Singapura akan terus menyertai inisiatif-inisiatif dagangan serantau yang lain, selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada Perkongsian Rentas Pasifik (TPP).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan terus sertai perjanjian-perjanjian dagangan lain selepas Amerika tarik diri daripada TPP

Amerika Syarikat berunding dengan 11 negara bagi TPP namun presiden baru Donald Trump menarik diri daripada perjanjian itu. (Gambar: AFP/Robyn Beck)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 06:35PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 06:37PM

SINGAPURA: Singapura akan terus menyertai inisiatif-inisiatif dagangan serantau yang lain, selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang dianggotai 12 negara.

Demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI) hari ini (24 Jan).

Semalam, Presiden baru Amerika Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif bagi menarik keluar Amerika daripada TPP yang dirundingkan oleh pentadbiran Obama.

Ia sebagai mengotakan ikrarnya yang menganggap TPP hanya merugikan negara itu dan menyebabkan ramai pekerja sektor pengilangan Amerika hilang pekerjaan mereka.

Perjanjian TPP itu dimeterai pada tahun 2015 oleh Amerika dan negara-negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, tetapi ia belum lagi disahkan.

Mengulas perkembangan semalam, seorang jurucakap MTI berkata hari ini bahawa tanpa penyertaan Amerika, perjanjian TPP tidak boleh dikuatuasakan.

Bagaimanapun, terdapat inisiatif bersepadu serantau yang lain pada masa ini, termasuk Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau dan saranan bagi Kawasan Dagangan Bebas Asia Pasifik, tambah MTI. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan