Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$1 juta, S90 Volvo boleh dimenangi dalam cabutan bertuah Be a Changi Millionaire

Promosi runcit Be a Changi Millionaire Lapangan Terbang Changi akan menambah satu lagi hadiah pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S$1 juta, S90 Volvo boleh dimenangi dalam cabutan bertuah Be a Changi Millionaire

Kereta mewah baru S90 T5 Volvo bakal dimenangi di Be a Changi Millionaire. (Gambar: Changi Airport Group)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 04:37PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 04:38PM

SINGAPURA: Promosi runcit Be a Changi Millionaire Lapangan Terbang Changi akan menambah satu lagi hadiah pada tahun ini - sebuah kereta sedan mewah Volvo S90 T5, selain daripada hadiah wang tunai S$1 juta seperti biasa.

Dalam satu kenyataan media semalam (29 Apr), Changi Airport Group (CAG) mengumumkan bahawa kedua-dua hadiah itu boleh dimenangi pada cabutan bertuah yang kelapan ini.

Bagi mempunyai peluang memenangi kereta Volvo itu, para pembeli-belah perlu membuat pembelian lebih S$500 pada satu hari antara 4 Mei hingga 31 Okt, menurut CAG. Enam peserta finalis bulanan akan dipilih untuk menyertai cabutan bertuah bekenaan bagi mendapatkan peluang untuk membawa pulang kereta mewah tersebut.

Sementara itu bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah S$1 juta, para pembeli-belah perlu berbelanja sekurang-kurangnya S$50 dalam satu resit sepanjang tempoh yang sama.

Semua peserta finalis akan memenangi penginapan tiga malam di sebuah hotel Singapura, dengan satu finalis akan memenangi hadiah utama S$1 juta dan lagi seorang pula bagi kereta baru Volvo S90.

Kempen itu menarik hampir 1.2 juta penyertaan merata dunia pada tahun 2016.

Pemenang tahun lalu adalah warga Indonesia Ade Iskandar Roni yang menyertai cabutan bertuah selepas membeli baju-T Adidas yang berharga S$50 untuk kawannya.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan