Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot Max ubah Maxwell Chambers jadi kemudahan perbicaraan bijak pertama dunia

Kompleks penghuraian pertikaian, Maxwell Chambers, bakal menjadi kemudahan perbicaraan bijak pertama di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:54PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 10:44PM

SINGAPURA: Kompleks penghuraian pertikaian, Maxwell Chambers, bakal menjadi kemudahan perbicaraan bijak pertama di dunia.

Ia bakal memanfaatkan teknologi bijak menerusi satu aplikasi mudah alih menjelang hujung tahun ini bagi memberikan lebih kemudahan, keselesaan dan privasi kepada para pengunjung dan penghuni.

Ia dijangka dapat menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk industri perundangan di sini.

Sebuah robot bernama Max digunakan untuk melakukan pelbagai jenis kerja menerusi kawalan satu aplikasi mudah alih.

Robot itu diarah untuk menghantar makanan kepada Menteri Negara Kanan bagi Undang-Undang Indranee Rajah.

Dengan memanfaatkan teknologi bijak seperti itu, aspek pentadbir dan logistik sesuatu kerja dijangka dapat dipermudahkan sekaligus membolehkan pihak-pihak bertikai untuk menumpukan perhatian kepada kes yang cuba dihuraikan.

"Robot Max merupakan satu ciri comel tetapi pada masa yang sama juga praktikal. Jadi ia satu contoh baik bagaimana anda boleh menggunakan teknologi bagi kemudahan dan perkhidmatan yang sangat praktikal dan cara baik untuk menerapkan teknologi dalam pengamalan undang-undang", jelas Cik Indranee.

Teknologi bijak tersebut dibangunkan oleh dua syarikat teknologi pemula di Singapura.

Bakal dilancarkan hujung tahun ini, aplikasi itu akan merubah Maxwell Chambers menjadi sebuah kemudahan perbicaraan bijak yang pertama di dunia.

Ia juga menjanjikan pengalaman yang lebih licin bagi para pengunjung dan penghuni kerana mereka boleh menggunakan aplikasi untuk mengawal peralatan di dalam bilik seperti lampu dan alat penghawa dingin.

Para pengunjung juga boleh mendapatkan kad akses elektronik tersulit menerusi aplikasi dalam telefon bimbit untuk memasuki bilik mereka.

Inovasi itu juga dijangka dapat meningkatkan daya penghasilan lantas menjana lebih banyak peluang perniagaan bagi industri perundangan di Singapura.

MinLaw juga sedang membangunkan 'Maxwell Chambers Suites' yang akan meningkatkan kapasiti bangunan itu sebanyak tiga kali ganda dan dijangka siap tahun depan.  

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan