Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Restoran Hjh Maimunah - Suatu restoran Melayu "daripada kampung"

Kalau anda berkunjung ke Restoran Hjh Maimunah di Joo Chiat Road, barisan makanan menanti para pengunjung yang lapar - dari dulang yang berisi lauk daging yang berlemak, sehinggalah ke pelbagai hidangan bersambal.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Hjh Maimunah - Suatu restoran Melayu "daripada kampung"

Ketiga beradik yang kini mengendalikan restoran Hjh Maimunah. (Gambar: Lam Shushan)

Diterbitkan : 01 Aug 2017 10:33PM Dikemas Kini : 01 Aug 2017 11:48PM

SINGAPURA: Kalau anda berkunjung ke Restoran Hjh Maimunah di Joo Chiat Road, barisan makanan menanti para pengunjung yang lapar - dari dulang yang berisi lauk daging yang berlemak, sehinggalah ke pelbagai hidangan bersambal.

Ia suatu pengalaman menjamu selera yang bertujuan untuk membangkitkan rasa "daripada kampung". Demikian menurut tiga pemilik generasi muda restoran tersebut. Sedikit ironis mungkin - memandangkan kebanyakan kehidupan kampung di Singapura sudah hilang semasa tiga adik-beradik itu dilahirkan, memandangkan kesemua mereka kini berusia awal 30-an tahun.

Namun, bagi Ismail, Mastura dan Maria, mereka dibesarkan dengan aroma, rasa dan kesesakan restoran makanan keluarganya yang diasaskan oleh ibu mereka sendiri. Mereka menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan menghidangkan makanan tradisional kampung yang disiapkan hasil daripada resepi-resepi yang didapatkan daripada rantau ini, dan membersihkan makanan-makanan pelanggan selepas dihidangkan.

"Makanan yang kami hidangkan merupakan makanan yang anda ingin makan pada setiap hari," kata Encik Ismail yang kini berusia 32 tahun. "Saya suka apabila saya lihat pelanggan-pelanggan menikmati makanan yang kami hidangkan. Ia benar-benar membuat saya rasa gembira."

Kini, ketiga-tiga beradik itu mengambil alih daripada ibu mereka dalam mengendalikan restoran yang terkenal sebagai salah sebuah restoran keluarga Melayu yang digemari di Singapura.

Ketiga-tiga beradik itu berkata mereka harus mengembangkan perniagaan, dan pada masa yang sama harus berpegang teguh kepada cara-cara menyediakan makanan secara tradisional. Restoran itu sudah mendapat penghargaan dan penghormatan dari Anugerah Michelin Bib Gourmand pada 2016.

IDEA YANG DATANG DARIPADA MAKKAH

Perniagaan keluarga Hjh Maimunah itu merangkumi dua buah restoran dan khidmat katering. Namun kesemua itu bermula daripada sesuatu yang lebih kecil - iaitu apabila Cik Mahiran Abdul Rahim, 52 tahun, membuka sebuah kafe di Beach Road.

Beliau menamakan restoran itu sebagai Hjh Maimunah, nama ibunya sendiri, yang merupakan seorang peniaga wanita yang membawa jemaah haji ke Makkah. "Awak tahu, bagi masyarakat Singapura, mereka tidak boleh makan makanan tempatan selama 40-50 hari berturut-turut, jadi kami perlu masakkan mereka. Kami bawa semua bahan makanan daripada Singapura ke Timur Tengah," kata Cik Mahiran.

Di antara lauk-pauk yang boleh didapati di Hjh Maimunah. (Gambar: CNA)

MEMBAWA KEMBALI KAMPUNG KEPADA MASYARAKAT

Melihat kepada perniagaan mereka sekarang, tidak dapat dinafikan bahawa mereka sudah berjaya mendapatkan reputasi mereka sebagai salah satu daripada restoran Melayu yang asli di Singapura, khususnya kepada generasi yang lebih tua, yang datang ke restoran tersebut demi memenuhi cita rasa mereka untuk menjamu makanan lama.

Herba dan sayuran tertentu perlu diperolehi daripada pedagang kecil di Indonesia, yang akan datang dengan bot untuk menyampaikan barang-barang yang dipesan. Barang-barang tersebut termasuk pucuk paku - daun pakis yang boleh digoreng atau disajikan dalam lauk lemak; dan ulam raja - herba yang diletakkan ke dalam salad yang menyegarkan.

"Kami memberitahu mereka bahawa kami memerlukan sesuatu, dan mereka membawanya. Ini hubungan peribadi. Kadang-kadang mereka akan membawa benda-benda yang kami tidak pesan, dan mengatakan ia merupakan benda yang bermusim, yang baru dipetik daripada taman. Bahan-bahan ini memang benar-benar daripada kampung," kata Encik Ismail.

Tukang masak dikatakan mula menyediakan makanan ini seawal 6 pagi. (Gambar: Restoran Hjh Maimunah)

KENAPA NASI PADANG MAHAL HARGANYA?

Namun, beberapa pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga pada tahun-tahun kebelakangan ini. Satu set makanan, dengan sepotong daging dan dua hidangan sayuran boleh dikenakan harga sebanyak S$5. Malah harga tersebut boleh naik hingga S$15 bagi satu hidangan dengan lebih banyak pilihan-pilihan premium.

"Kami sentiasa bertolak ansur dalam mencuba untuk memenuhi jangkaan pelanggan dan untuk melawan kenaikan kos. Namun, kami tidak menjual makanan murah dan mengekalkan mutu tertentu. Kami perlu untuk mendapatkan ramuan terbaik dari pasaran," kata Ismail.

Sebagai contoh, mereka mendapat semua gula melaka dari kampung-kampung tertentu di Indonesia, yang kemudiannya melalui pusingan pemprosesan lain di dapur pusat mereka. Ini kerja tambahan untuk mereka. Namun mereka percaya ia memberikan kuih mereka "rasa yang lebih kaya".

"Maka saya percaya bahawa ia benar-benar mengenai mendidik orang tentang apa yang berlaku (proses) dalam menyediakan makanan di gerai Nasi Padang. Ia lebih leceh, dan rempah-ratusnya sangat mahal," kata Encik Ismail.

"Sebaik sahaja anda menghargai masakan, anda akan dapat memahami mengapa harga diletakkan seperti itu. Jurang keuntungan kami sangat tipis, jika anda tanyakan kepadakami," tambah beliau lagi. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan