Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja Melayu 3 beradik ini dilaporkan hilang; Polis rayu maklumat orang ramai

Tiga beradik yang masih dalam usia yang muda, dilaporkan hilang selama dua hari, menurut kenyataan polis yang diterima pihak Mediacorp pada Isnin (7 ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Melayu 3 beradik ini dilaporkan hilang; Polis rayu maklumat orang ramai

Daripada kiri: Md Tajuddin Bin Roslan, Mohammad Syahrul Ezlan Bin Roslan, Nabila Natasya Binte Roslan. (Gambar: Singapore Police Force)

Diterbitkan : 07 Aug 2017 10:01PM Dikemas Kini : 07 Aug 2017 10:11PM

SINGAPURA: Tiga beradik yang masih dalam usia yang muda, dilaporkan hilang selama dua hari, menurut kenyataan polis yang diterima pihak Mediacorp pada Isnin (7 ogos).

Pihak polis mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang oleh ahli keluarga mereka sendiri, dan dilihat kali terakhir di Blok 121 Bukit Merah Lane 1 pada Sabtu (5 Ogos) jam 12 malam.

Sehingga kini, masih lagi tidak diketahui apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut, dengan adik yang paling muda di kalangan mereka berumur sembilan tahun, pada hari mereka hilang.

Dalam rayuan pihak polis untuk mendapatkan maklumat, ia menyifatkan adik-beradik itu begini:

Nabila Natasya Binte Roslan, 13 tahun, perempuan
Mempunyai susuk tubuh yang sederhana, ketinggian 1.65m, kulit mukanya berwarna perang gelap. Kali terakhir dilihat memakai kemeja-T hitam dan sepasang seluar jean berwarna biru.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang adik beradik ini untuk menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau melalui online di www.police.gov.sg/iwitness.  

Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan