Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja mati terjun dari tingkap, cuba menyelinap keluar untuk jumpa kawan-kawan

 Dia mengikat bantal dan sebuah anak patung Elmo di badannya menggunakan tali rafia, sebelum terjun dari tingkap dapurnya di tingkat tujuh pada 25 Februari 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja mati terjun dari tingkap, cuba menyelinap keluar untuk jumpa kawan-kawan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 09:48PM Dikemas Kini : 18 Aug 2017 10:05PM

SINGAPURA: Setelah terjerumus dalam pengaruh tidak baik, Carmen, berusia 14 tahun, mula merokok, mencuri dan kerap lari dari rumah. Untuk memastikan dia tidak melakukan sebarang masalah, penjaganya, Encik Chan Tuck Foon, enggan membenarkan Carmen bertemu dengan rakan-rakannya yang dianggap pengaruh tidak baik.

Terdesak untuk bertemu rakan-rakannya, Carmen mengambil keputusan untuk menyelinap keluar. Dia mengikat bantal dan sebuah anak patung Elmo di badannya menggunakan tali rafia, sebelum terjun dari tingkap dapurnya di tingkat tujuh pada 25 Februari 2017.

Dia dijumpai di bawah blok 519 West Coast Road. Seorang paramedik di tempat kejadian mengesan nadi dan mencuba untuk menyedarkannya tetapi Carmen berhenti bernafas ketika dalam perjalanan ke hospital. Beliau disahkan meninggal dunia pada 9.50 malam.

Remaja tersebut meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami disebabkan jatuh dari tingkat tinggi, menurut laporan ahli patologi forensik.

Koroner Negara Marvin Bay berkata bahawa tiada bukti menunjukkan perbuatan khianat dan "langsung tiada bukti bunuh diri meskipun Carmen melakukan demikian".

Kawan Carmen yang sepatutnya ditemuinya malam itu berkata bahawa Carmen memberitahunya bahawa dia ingin "terjun" sambil "diselubungi dengan bantal". Kawannya tiba di tempat perjumpaan dan menyedari bahawa seseorang memang telah terjun dan berlari ke tempat kejadian serta melihat Carmen berada di atas usungan.

Ia adalah satu rancangan "terburu-buru" yang membawa kepada musibah, kata Encik Bay, sambil memutuskan kematian itu "satu kemalangan tragik".

"KEINGANAN KUAT UNTUK MEMBANTAH"

Encik Bay berkata bahawa rancangan remaja itu menyelinap keluar dengan terjun dari tingkap untuk berjumpa rakan-rakannya didorong oleh "keinginan kuat untuk membantah" arahan Encik Chan.

"Kejatuhan Carmen memang sengaja tetapi dia tidak inginkan akibat demikian," kata koroner. Beliau menambah bahawa para penyiasat "meneliti dan menyelidik mesej-mesej Carmen serta laporan-laporan sekolah dan kaunselling".

Dia bertindak demikian kerana "kepercayaan naif dan delusinya" bahawa dia boleh mengurangkan kesan jatuhnya dengan bantal dan patung mainan. "Carmen menunjukkan bahawa dia seorang yang terburu-buru, degil dan tidak matang," kata Encik Bay.

Encik Bay sedang merujuk kepada kenyataan Encik Chan bahawa Carmen mula bersikap demikian sejak beliau bercampur dengan pengaruh tidak baik pada 2016. Beliau mula ponteng sekolah, ditangkap mencuri dan merokok di sekolah serta kerap lari dari rumah. Pada masa kematiannya, beliau sedang disiasat untuk kes mencuri.

Berasa buntu bagaimana untuk menghalang Carmen daripada bercampur dengan pengaruh tidak baik, Encik Chan pergi ke sekolah Carmen dan Pusat Perkhidmatan Keluarga Rotaract untuk mendapatkan bantuan. Oleh kerana beliau akan lari dari rumah sehingga berhari-hari lamanya, Encik Chan mengambil keputusan untuk menguncinya di dalam rumah pada waktu malam. Beliau juga menghantar Carmen ke sekolah setiap pagi. Bagaimanapun, remaja itu masih berjaya menyelinap keluar beberapa kali.

Walaupun sudah menjalani kaunseling, Carmen terus berkelakuan buruk. Encik Chan berasa risau bahawa pas pelajarnya akan ditamatkan dan dia akan dihantar pulang ke Batam di Indonesia, di mana ibunya tinggal.

Carmen tinggal di Singapura bersama Encik Chan sejak berusia enam tahun. Ibunya adalah rakan Encik Chan. Encik Chan dilihat menangis setelah siasatan tersebut.
 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan