Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun ditahan berhubung kes rompakan bersenjata di 7-Eleven Yishun

Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara tempoh antara lima hingga 20 tahun, dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali. 

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun ditahan berhubung kes rompakan bersenjata di 7-Eleven Yishun

Gambar fail lelaki digari. (Gambar: AFP)


SINGAPURA: Seorang belia 16 tahun diberkas atas kesalahan cuba merompak sebuah kedai di Yishun Avenue 5, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (22 Jun).

Insiden tersebut berlaku pada malam Isnin di sebuah cawangan 7-Eleven. Polis menyatakan ia menerima laporan pada 10.55 malam mengenai seorang lelaki yang memasuki kedai tersebut dengan bersenjatakan pisau.

Lelaki tersebut melarikan diri dengan wang tunai bernilai S$230. Suspek tersebut ditahan semalam (21 Jun) di Yishun Central.

Dia akan didakwa di mahkamah pada hari Jumaat. Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara tempoh antara lima hingga 20 tahun, dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali.  

Sumber : CNA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan