Images
  • dikir
    Para pendikir yang menyertai acara gah sempena Fiesta Bahasa. (Gambar: Facebook/ Malay Heritage Centre)

Rekod persembahan dikir barat terbesar tercatat di S'pura dengan 630 peserta!

SINGAPURA: Sempena Fiesta Bahasa 2017, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) mencatat rekod bagi persembahan dikir barat terbesar di sini dengan sebanyak 630 peserta!

Para pelajar 11 institusi - dari peringkat sekolah rendah hingga universiti bergabung tenaga dan suara untuk menjayakan persembahan ini.

Persembahan begitu meriah sehingga memikat para pelancong untuk turut serta membantu misi mereka menempa nama dalam Buku Rekod Singapura.

Persembahan gah itu juga mengambil masa dua bulan untuk disediakan dengan menggunakan rakaman video supaya setiap institusi menjalankan latihan masing-masing.

Seorang pengunjung yang menyaksikan persembahan itu berkata: "Saya terdengar muzik dan sangat suka dengan gerakan dan lagu persembahan dikir barat ini. Kami sangat suka dengan persembahan pelbagai kaum sebegini."

"Sebenarnya perkara utama yang mendorong para peserta adalah minat mereka sendiri terhadap seni ini dan mahu mempraktikan apa yang dipelajari dan dikir barat adalah ruang untuk mereka menunjukkan kreativiti dan menyemai minat demi memupuk cinta kepada bahasa," kata Djohan A Rahman, guru yang menerajui projek dan persembahan dikir barat ini. 

- BERITAMediacorp/SN/ru

Top